Masa pergi kat kaunter KFC, aku perasan ada menu baru selain Double Down iaitu seketul isi ayam bersalut perasa telur masin. Lama tak dengar telur masin aka salted egg kan? Dulu-dulu memang viral betul salted egg ni. Siap ada jajan lagi. Harga pun bukan murah.
Memandangkan KFC buat menu baru, aku pun saja lah nak cuba. Lain daripada yang lain kan. Aku beli kat kaunter. Harga RM5.49 seketul.
Best ke ayam ni? Ayam ni memang 100% isi ayam. Macam isi burger Zinger tu. Tapi isi ni macam dicelup dengan sos salted egg. Sebab boleh nampak sos tu melekit kat wrap kertas KFC. Bagi aku, boleh tahan. Memang rasa salted egg versi pedas. Secukup rasa. Rupa macam ayam gunting tapi tak digunting.
Selain tu, aku sempat beli face mask yang limited edition. Ada dua jenis: putih dan hitam. Fabrik mask ni memang cun. Macam guna fabrik jersi. Memang nampak premium. Warna hitam tu lain sikit. Kat lapisan luar tu digunakan fabrik nilon macam payung atau baju hujan tu. Cantik. Sayang nak guna. Beli untuk buat koleksi je.
23 Comments
Belum rasa lagi KFC salted egg. Sedap tu kalau digunting dan dijadikan isi wrap dengan salad.
ReplyDeletemenarik pulak nampak face mask fabric KFC ni. nice lah warna hitam tu.
Kak fizaa buat saya lapar nak makan ni
DeleteKreatif jugak idea tu untuk buat wrap. Boleh cuba lepas ni. Face mask KFC ni memang cantik.
Deletenampak terliur betul salted egg tu , dah dua kali ccl terjah kfc , tapi stock laris sangat
ReplyDeleteKat sini memang tak ramai orang pun masa pergi. Boleh tengok staff duk sembang-sembang lagi kat meja.
Deletedemm, kfc kat doha ni xde pulak perasa telur masin nih., huhuhu
ReplyDeleteMemang mustahil nak ada kat sana. 😅
DeleteSini pun bermusim je.
Salam Ziarah...pilihan yang tepat cepat dan pantas..sedap juga produk KFC
ReplyDeleteTerima kasih ziarah.
DeleteKFC kalau ada promo yang best, memang betul-betul best.
Mask tu nampak nice lah, saya ada banyak mask kain, takde satu pun saya selesa pakai
ReplyDeleteSama lah. Memang tak selesa pakai mask kain. Pakai pun bila nak pergi buang sampah tepi rumah. 😂
DeleteKira lulus rasa ayam telur masin itu ya.
ReplyDeleteDengan cemerlang. Berbaloi beli. 👍
DeleteAla.. nape kat sini tak nampak iklan dia.. wargh!! Nak juga.. hahaha..
ReplyDeleteSaya pun tak pernah nampak iklan lagi setakat ni. Tengok-tengok ada jual kat kaunter.
Deletetak pernah try lg..
ReplyDeleteAda masa boleh cuba. 👍
DeleteEsok buleh try beli sbb dh janji ngan anak yg sibuk 3-4 hari dah nak makan KFC
ReplyDeleteBoleh beli sekali tu dengan face mask tu. 😅
DeleteMacam tak pernah ternampak pulakk iklan kfc menu salted niii, nampakkk sedappp, kalau sekali pandang macam seringgit yang biasa orang jual tuuu hehehe.
ReplyDeleteMemang sedap. Makan dengan nasi putih memang best. 😅
DeleteMacam mana saya nak dapatkan syarikat pembuat Mask. Ada tak di kalangan rakan2 yg tahu talian syarikat pembuat mask kfc. Kain dia amat selesa lansung tak ganggu pernafasan.
ReplyDeleteSaya check kat packaging tu, takde pulak tulis maklumat syarikat yang buat. Mungkin boleh contact direct KFC untuk dapatkan maklumat tu.
Delete