Isu komen dalam Blogger bukan benda baru. Acap kali berlaku masalah. Kadang bila kita aktif mengomen, tiba-tiba muncul reCAPTCHA iaitu sejenis sistem tapisan untuk halang spam aka robot. Kadang tu jugak, bila ralit komen kat blog orang dan tekan 'Publish', komen kita tu tak muncul. Sedangkan owner blog takde buat setting comment moderation pun (yakni owner kena approve setiap komen).
Pelik bin ajaib kan? Sebenarnya, komen yang kita dah hantar atau 'Publish' tu ada. Tapi dalam dashboard owner, komen kita tu ditanda sebagai spam. Ya. Spam. Kenapa? Mungkin sebab masa kita tengah aktif mengomen, sistem Blogger ada detect something yang tak kena waktu tu. Mungkin kita terlalu aktif komen sampai Blogger anggap kita ni robot atau spammer yang nak memeriahkan ruangan komen.
Cara nak publish komen yang disalah erti sebagai spam:
- Log in Blogger > Comments.
- Klik icon arrow kat bahagian atas senarai komen dan pilih Spam.
- Kat senarai komen, hover (guna desktop) atau klik ⋮ (guna phone) dan klik tanda right (Not spam).
- Akan mucul pop-up dan klik PUBLISH.
14 Comments
Aha walaupun ada pengawasan (moderation) ada komen ditanda sampah. Nasib baik tengok.
ReplyDeleteKann. Kena sentiasa alert.
DeleteTerima kasih bro, memang ada komen termasuk dalam spam.. jem blogger ada masalah ini haha
ReplyDeleteSama-sama. Memang tak boleh lari dari masalah komen. 😅
Deletetq for sharing
ReplyDeleteSama-sama. 👍
DeleteHa betul, lately memang selalu kena check ruangan spam. Banyak komen legit sangkut kat sana
ReplyDeleteKann. Satu hal nak kena bukak situ. Harap masalah ni cepat-cepat setel. 😌
Deletethanks for sharing.. kalau jadi lepasni senang lah nak betulkan!
ReplyDeleteSama-sama. Semoga tutorial ni bermanfaat. 😀
Deletebetul tu , kadang terkomen banyak-banyak ada yang masuk dalam spam . CCL selalu juga check kotak spam ni
ReplyDeleteMemang macam tu lah. Leceh jugak. Tapi nak buat macam mana. Nak elakkan komen spam yang betul, komen bukan spam pulak terkesan. 😅
DeleteLagi satu, ada satu benda ni tak tahu lah dia masuk spam or tak. Bila blog tu tak moderation comment, akan ada satu timing bila blogger aktif komen, dia tak boleh komen dekat blog yang tak buat moderation ni. Kena uninstall browser and install balik baru dapat comment semula. Dah kali kedua saya terpaksa buat macam tu.
ReplyDeletehanya dekat yang moderation je saya boleh comment sebelum saya uninstall browser. Sebab dah pernah kena setahun lepas mcm tu, jadi tahu lah nak uninstall and install semula browser
Clear cache dan history pun tak jadi ke? Teruk lah sampai kena uninstall browser. 😅
DeleteSetakat ni saya blogwalking dan komen, takde masalah lagi. Terima kasih info. Kena hati-hati lah lepas ni.