Bila dengar pasal Massimo, mesti ingat iklan kat TV yang baker buat "muaahhh" lepas siap bakar roti. Rare betul iklan macam tu.
Masa beli barang kat 7e, ternampak pulak 3 sekawan ni tersusun elok kat bahagian roti. Aku tak tahu nak panggil apa sebenarnya. Kek? Cupcake? Muffin? Tengok dalam website, dipanggil butter cake je. Tapi tekstur kek ni macam pound cake. Kek ni diletakkan dalam cup. Jadinya, boleh ke panggil pound cake cupcake? Lantak lah. Asalkan boleh makan.
Burrosa Butter Cake ni ada 3 flavour: butter, red velvet dan tiramisu. Harga RM1.60 seketul. Jarang jumpa brand roti yang buat cupcake. Selalunya banyak yang buat roti berinti kan? Tapi Massimo ni lain daripada yang lain. Kek ni special edition. Dibuat sempena 10th anniversary aka sempena ulang tahun ke-10. Wah. Dah lama rupanya Massimo ni wujud.
1. Perisa butter
Memang terasa butter kat situ. Masa bukak plastik wrap tu pun dah bau semerbak butter. Actually, ketiga-tiga kek ni pesen kek basic. Takde inti, krim atau segala mak nenek deco. Kek bodoh. Tapi sedap dan gebu.
2. Perisa red velvet
Biasa makan kek red velvet kat Secret Recipe je. Kali ni boleh lah beli cupcake Massimo pulak. Not bad rasa flavour kek ni walaupun basic. Expectation aku, kek ni warna merah atau maroon terang. Tapi tak pun. Warna lebih gelap.
3. Perisa tiramisu
Favourite aku. Aku suka rasa tiramisu kek ni. Rasa tiramisu yang kuat. Bila bergabung dengan smooth and silky pound cake ni, terasa menjadi kat situ. Selalu makan kek basah yang ada flavour tiramisu. Kali ni bila makan kek kering, terasa sedap pulak.
Expired date Burrosa Butter Cake ni memang lama. Masa aku beli kat 7e pada 9 Oktober hari tu, tengok kat paket, expired date tu 18 Februari. Lebih kurang 4 bulan kek ni mampu bertahan. Kena beli banyak-banyak buat stok. Mungkin tahun depan dah tak dijual. Kan kek ni dibuat sempena ulang tahun ke-10 Massimo.
10 Comments
Wahh nampakkk sedap
ReplyDeleteRasa pun sedap. 😁
Deletenampak menarik untuk dicuba...so..kena cuba la ni kan?
ReplyDeleteKena cuba kak. 7e banyak jual. 👍
DeleteFirst time lah jumpa jenama ini
ReplyDeleteSaya pun baru tahu jugak. Tu yang terus nak cuba. 🤭
DeleteBaru rasa yang butter tu je.. okaylah.. Sha ingatkan ada krim kat dalam kek dia..
ReplyDeleteKann. Ingatkan macam tu jugak. Walaupun takde krim tapi rasa still layan.
Deletesemuanya nampak menarik , ccl belum pernah cuba muffin cake brand massimo , susah nak dapat di kedai
ReplyDeleteKena cari kat 7e. Banyak diorang jual.
Delete