Mencuba Kopiko Lucky Day dan Coffee Candy Blister Pack.


Aku beli kat Lazada. Kes terjebak tengok Song Joong Ki makan gula-gula Kopiko ni dalam Vincenzo. Masa scroll Lazada, terjumpa sekali air Kopiko Lucky Day. Tak pernah aku cuba sebelum ni. Bila baca review, ramai yang kata best.


Coffee Candy Blister Pack ni sama macam gula-gula Kopiko paket kecil yang biasa ada kat kedai tu. Rasa yang sama cuma paket dan rupa je lain. Mungkin dibuat blister pack macam paracetamol ni untuk elakkan sampah plastik Kopiko bersepah-sepah nanti.


Bagi aku, agak praktikal jugak. Selalunya kita makan gula-gula bukan sebiji dua. Paling kurang pun 3 atau 4 ketul. Lagipun bila ada blister pack macam ni, senang nak taruk dalam poket dan boleh bawak ke mana-mana tanpa menyemakkan ruang.


Air Lucky Day ni memang sedap, pekat dan likat. Aku terpaksa taruk ais sebab nak kurangkan kepekatan tu. Sangat boleh rasa ke-Kopiko-an air ni. Aku beli dua botol nak cuba rasa macam mana. Tak sangka sedap pulak jadinya. Mungkin akan jadi air kopi favourite aku lepas ni.

Post a Comment

16 Comments

  1. popular kopiko..promosi by kdrama..belum pernah cuba minumannya..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kann. Dulu banyak kat kedai runcit je. Sekarang siap masuk drama lagi. 😅

      Delete
  2. kopiko cik nur dulu suka kemam sb nk hilangkan rasa mengantuk he hz

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul. Kopiko sangat efektif untuk hilangkan mengantuk.

      Delete
  3. Selamat mengopiko
    Jangan sampai tak boleh tido

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya fobia dah nak makan Kopiko waktu malam. Dulu memang tak boleh tido walaupun makan sebiji gula-gula tu. 😂

      Delete
  4. favourite coklat ni. aritu tengok drama hometown cha3 ada promote juga kopiko ni..haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu. Baru perasan jugak ada dalam drama tu. Pandai betul company ni promote. Drama trending pulak tu.

      Delete
  5. terliur tengok kopiko lucky day tu. berjaya juga advertisement diorang. walau spend sikit untuk letak dalam drama, tapi mesti ramai yang terpengaruh

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kann. Lagipun Kopiko memang sepatutnya dah level global. Setakat ni tak pernah jumpa lagi gula-gula yang rasa macam Kopiko.

      Delete
  6. gula gula childhood ni. masa tgok vicenzo tu cam, wah jauhnya kopiko dipromosikan sampai ke korea sana

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terkejut jugak bila tengok. Ingatkan kat Asia Tenggara je.

      Delete
  7. Macam banyak drama korea promote gula gula kopiko. Air minuman kopiko tak pernah cuba lagi. Macam menarik pulak kopiko candy dalam blister pack tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang best air ni. Tapi tak boleh minum banyak sangat, nanti payah nak tidur. 😅

      Delete
  8. baru tau nama packaging camni adalah blister pack hahahah..tq sbb bagi ammi new knowledge

    ReplyDelete