Menjajan dengan Twisties Kaya Butter Toast.


Memang tak disangkal lagi Twisties antara jajan paling digemari ramai dari zaman 90-an lagi. Masa kecik dulu, aku memang suka makan flavour BBQ yang paket kecik. Tak silap dulu 30 sen je seketul. Tak tahu lah berapa harga sekarang. Balik je sekolah, mesti singgah kedai runcit cari jajan.

Sekarang, Twisties ada buat beberapa flavour baru. Paling baru adalah flavour Kaya Butter Toast. Dengan kata lain, kombinasi flavour jem kaya yang selalu disalut kat atas roti tu dan butter. Kaya ni pun legend jugak. Mana-mana kedai runcit yang jual roti, memang akan ada jem kaya dalam bentuk botol tu.

Tragedi ngeri di pasar raya


Aku beli Twisties ni kat pasar raya. Terlindung kat hujung ceruk belakang kedai tu. Pelik jugak aku. Walhal ni produk baru. Kenapa tak pamerkan kat kawasan depan? Diorang memang tak pandai susun atur produk ke? Bukan apa, aku just kecewa jugak masa masuk pasar raya tu. Nama dah gah 'pasar raya' tapi keadaan dalam lagi teruk daripada kedai runcit.

Dengan tanda harga kat setiap rak tak cukup. Masa aku nak beli coklat, jenuh cari tanda harga kat rak. Tak jumpa. Paling sadis, price checker atau mesin nak check harga pun takde. Wat da hell? Memang lah tak perlu ada pun mesin tu tapi kalau dah tanda harga tak lengkap, takkan nak kena selalu pergi kat cashier mintak diorang check?

Masuk kat area froozen, masyaAllah! Niat nak beli nugget. Tapi tengok tanda harga kat tepi-tepi peti sejuk tu pun takde jugak. Dengan keadaan peti yang kotor berkulat. Aku memang kenot brain. Diorang tak buat cleaning berkala ke? Tiap-tiap bulan takde cleaning? Staff yang handle department tu buat apa? Kenapa tak ambil tahu pasal tanda harga kat kad yang dah lusuh teruk sampai harga pun tak nampak?

Tengok keadaan macam tu, memang aku tak jadi nak beli apa-apa produk frozen, dairy dan yang berkaitan dengan barang basah. No! Even MR. DIY 200% lagi bersih dan kemas. Next time kalau aku singgah, memang aku akan buat complain kat customer service.

Rasa Twisties yang best



Berbalik kepada Twisties. Kat packaging ditulis 'NEW'. Maksudnya bukan limited edition. Memang akan ada kat kedai sentiasa lah kan? Bagi aku, rasa Twisties ni memang betul macam yang diorang iklankan. Rasa kaya dan butter. Nak kata kuat sangat tu, tak lah. Tapi memang sedap. Light je rasa. Aku makan sepaket ni sampai habis. Tak perasan pulak. Tengok-tengok dah licin.

Harga aku beli RM1.90 seketul. Tak tahu lah kat kedai lain berapa harganya. Next time mungkin aku akan beli lagi kalau singgah mana-mana kedai.

Post a Comment

12 Comments

  1. Baru erk...wah..bleh cari nanti ni...twisties memang nostalgia sangat...

    ReplyDelete
  2. Rasa macam pelik pula Twisties ada perasan yang manis.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak manis sangat. Rasa manis sikit tu bila kemam. Tapi bau memang wangi.

      Delete
  3. Bila pulak Twisties nak buat perasa pandan gula melaka, ikut trend semasa?

    Seramnya supermarket macam tu. Tak terurus

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul. Nak tahu macam mana rasa flavour pandan.

      Itu lah. Memang seram keadaan kebersihan dalam tu. Tak lalu nak beli barang basah kat situ. 😌

      Delete
  4. twities keluarkan flavour baru . nak cuba juga

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul. Kena cuba. Best. Memang kena ada stok ni kat rumah. 😄

      Delete
  5. Kedai seperti itu lebih baik report, dia tak ikut akta yang betul as perniaga. Dan kita sebagai pembeli kena tuntut hak - hak sebagai pembeli.

    Dah lama gila tak makan twisties. Last makan mcm dah bertahun tahun sangat

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itu lah. Geram jugak tengok keadaan kedai tu. Terabai.

      Twisties sekarang banyak ada variasi flavour. 😄

      Delete