Twisties kalau buat flavour baru, jarang tak best. Sebetulnya, tak pernah lagi aku rasa flavour yang tak best dari Twisties ni. Dari flavour BBQ, sampai lah kaya butter toast, semua best.
Berkesempatan nak merasa salah satu flavour baru keluaran Twisties iaitu Spicy Seaweed Splash. Tengok je gambar kat packaging tu, memang terasa jajan yang dipenuhi seaweed atau rumpai laut. Aku beli kat Lazada. RM5.64 untuk 3 bungkus. Murah jugak kan?
Rasa flavour ni memang sedap. Rasa pedas rumpai laut yang meletup-letup dalam mulut. Memang agak pedas tapi masih boleh makan. Habis sebungkus, aku terpaksa minum air sebab boleh rasa kepedasan kat lidah. Pedas tu bukan pedas fake atau artificial tapi rasa pedas cili fresh. Macam baru petik dari pokok.
12 Comments
Dah macam-macam perisa muncul sekarang. Tadi nampak kat twitter ada orang share gambar Twisties perisa kaya dan butter hahaha
ReplyDeleteYang tu pun best. Sempoi je flavour kaya butter tu.
DeleteTentulah sedap
ReplyDeleteHarus lah Wak. 😀
Deletemenarik pulak. lama tak makan twisties. btul tu, flavour rare memang susah nak jumpa di kedai
ReplyDeleteItu lah. Tak tahu sebab stok tak cukup atau customer yang banyak beli. Memang kena beli online jugak.
Deletewow pestime tengok nii! nampak sedap since saya suka seaweed
ReplyDeleteMemang sedap. Saya yang jarang makan seaweed pun ketagih jajan ni.
DeleteMenarik juga flavour Spicy Seaweed Splash ni. Memang tak pernah nampak lagi. Agaknya beli online jelah ada kot kan.
ReplyDeleteBetul. Kedai rasmi Mondelez dalam Shopee atau Lazada. Memang kat situ je saya selalu beli.
Deletejangan dioffer jajan ni pada anak ammi..
ReplyDeleteJangan. Jajan ni memang boleh buat kita ketagih. 😅
Delete