Antara flavour baru dari Mi Sedaap. Dalam banyak-banyak mi segera yang ada kat pasaran, tak banyak pun yang buat flavour style sambal. Setakat yang aku pernah jumpa dan pernah makan, Maggi ada buat satu flavour sambal iaitu Sambal Tumis Bilis. Selain tu, memang takde. Yang paling dekat pun, ada brand Indomie yang buat flavour Cili Hijau.
Tapi aku memang tak suka flavour Sambal Tumis Bilis tu. Tak kena sangat dengan tekak aku. Rasa pelik dan tak ngam untuk dijadikan flavour mi segera.
Aku terbeli Mi Sedaap ni pun masa kat 7e hari tu. Perasan ada magi paket hijau kat area promo. Ingatkan Indomie. Bila tengok betul-betul, rupanya Mi Sedaap. Brand ni aku selalu makan yang original. Rasa dan bau perencah dia tu memang best dan semerbak satu rumah. Bila masak kat dapur, memang akan tahu brand apa.
Telur mata wajib ada. |
Bagi aku, flavour sambal hijau ni memang best untuk orang yang suka makan sambal penyet. Sebelum gaul dalam mi, sambal tu aku rasa sikit kat hujung lidah. Masin dan masam. Tapi bila campur dalam mi, rasa tu jadi sebati dan ngam. Memang kena dengan tekak aku. Pedas? Tak terlalu pedas macam sambal penyet. Light je pedasnya.
Berbaloi ke beli? Lepas makan dua paket, aku pasti memang berbaloi untuk dibeli. Paling best, ada sekali diletak kriuk-kriuk keropok rendang untuk ditabur atas mi. Alah. Macam kriuk-kriuk bawang goreng tu. Lepas ni memang kena jadikan stok letak kat dapur.
19 Comments
Ada terpandang tapi belum terbeli.
ReplyDeleteKat pasar raya memang banyak jual. Siap diorang buat promo lagi.
Deletetak pernah jumpa yang sambal hijau, selalu kalau beli mi sedap yg original.
ReplyDeleteKann. Yang ori memang sedap. Masak dua bungkus sekali. 😄
DeleteMi sedap pedas yang merah pun sedap. Tidak pedas sangat.
ReplyDeleteYang merah tak pernah rasa. Cari kat kedai tak jumpa pulak.
Deletenampak lah kesedapan dia tu hehe
ReplyDeleteKann. Mi Sedaap tak pernah tak sedap. 😂
DeleteSamalah, saya pun kalai beli mi sedaap tu beli yang asli jugak. Macam sedap pulak versi sambal hijau ni. Hidangan dah siap ala ramen pun ada :)
ReplyDeleteItu lah. Bila masa, nampak macam ramen pulak. Campuran warna tu yang striking.
Deletenak try gak la nanti
ReplyDelete👍👍👍
Deletealahai tadi ada nampak kt supermarket , tap tangan tak tercapai pulak nak ambil . esok nak pegi beli juga la , nampak menarik pulak mi sedap sambal hijau
ReplyDeleteKena cuba. Memang terasa sedapnya. Sambal tu yang jadi pelaris kot. 😅
Deletekelainan
DeleteEnak tenan
ReplyDelete👍👍👍
DeleteOkay mi sedaap ni berbaloi untuk try nanti. Terima kasih share
ReplyDeleteSama-sama. 👍
Delete