Salam Maulidur Rasul 1443H. Manhaj Rabbani, Ummah Berkualiti.


Hari ni, yakni 12 Rabiulawal 1443H, kita akan menyambut Maulidur Rasul (Bahasa Melayu: Kelahiran Rasul) iaitu kelahiran Nabi Muhammad SAW. Seluruh umat Islam akan mengadakan majlis bagi memperingati keputeraan Nabi Muhammad SAW. Antaranya termasuklah perarakan dan ceramah.

Kalau kat sekolah, memang wajib ada perarakan dan aktiviti berkaitan Maulidur Rasul. Selalunya panitia Pendidikan Islam yang akan handle aktiviti ni. Masa sekolah dulu, aku ingat lagi yang tiap-tiap tahun akan ada perarakan pusing desa. Dari sekolah, masuk kawasan kampung hingga perumahan sambil berselawat ke atas Nabi Muhammad SAW.

Kisah di sebalik Tahun Gajah


Nabi Muhammad SAW dilahirkan pada 12 Rabiulawal Tahun Gajah (570 Masihi atau 52 tahun sebelum Hijrah). Kenapa Tahun Gajah? Tahun kelahiran Nabi Muhammad SAW merupakan tahun di mana peristiwa penyerangan Kota Mekah oleh Tentera Bergajah Raja Abrahah.

Kisah Tentera Bergajah ada diceritakan dalam al-Quran melalui surah al-Fil ayat 1 hingga 5.


Raja Abrahah ni Gabenor Yaman. Yaman merupakan pusat perdagangan yang terkenal suatu ketika dulu. Tapi bila wujudnya Kota Mekah, pedagang mula berpindah dari Yaman ke Kota Mekah. Selain tu, di Kota Mekah jugak adanya Kaabah yang merupakan tempat beribadah.


Disebabkan nak saingi Kaabah, Raja Abrahah arahkan tentera dan rakyatnya untuk bangunkan pusat ibadah yang lebih hebat dan mewah. Tapi takde orang pun yang ke sana.


Raja Abrahah marah dan mula ke Kota Mekah dengan pasukan yang menunggang gajah, dengan harapan untuk runtuhkan Kaabah dan musnahkan Kota Mekah.


Tapi bila dah hampir dengan Kaabah, tiba-tiba gajah-gajah tak dapat bergerak seolah-olah kaki-kaki gajah tu melekat kat tanah. Langit kemudian jadi gelap dan datangnya burung-burung ababil membawa batu-batu kerikil panas dari neraka untuk menyerang Raja Abrahah dan bala tenteranya. Tiada yang selamat dan langit kembali jadi cerah.

Post a Comment

16 Comments

  1. Salam Maulidurrasul..selawat & salam keatas Junjungan Mulia Nabi Muhammad saw, keluarga & sahabat baginda..

    cerita yg sentiasa kekal dlm ingatan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Maulidur Rasul. Betul. Memang akan sentiasa ingat.

      Delete
  2. salam. maulidur rasul
    jom selawat ke atas nabi junjungan. kita

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Maulidur Rasul. Sama-sama kita selawat ke atas Nabi Muhammad SAW.

      Delete
  3. Salam Maulidur Rasul..
    Perkongsian info yang bagus..

    ReplyDelete
  4. salam maulidur rasul. masa kecil-kecil dulu, kali pertama dengar kisah tentera bergajah tu, melopong je sebab kagum. hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Maulidur Rasul. Kann. Hebat serangan burung-burung ababil tu.

      Delete
  5. belum terlambat CCL nak ucapkan Salam Maulud Nabi

    ReplyDelete