September 2021: Performance Report Google Search Console.


Berbaki beberapa hari je lagi untuk masuk bulan November. Sebenarnya dah lama dapat emel tapi baru sekarang sempat buat review pasal performance report aka laporan prestasi blog.

Entri panas


Untuk bulan September, kebanyakan entri yang jadi pencarian utama audiens adalah berkaitan baucar KFC dan Shopee.


Sebelum ni aku ada buat entri berkaitan e-baucar KFC. Siapa yang dah cukup 2 dos vaksin, boleh dapat set Snack Plate percuma. Aku dapat tahu pasal voucher tu pun masa blogwalking. Bila ada pengalaman pergi claim kat kaunter KFC, aku pun share. Semoga berguna untuk mereka kat luar sana.

Selain tu, artikel pasal Shopee pun panas jugak. Entri pertama pasal Sea Shipping. Aku buat entri ni pun sebab masa aku nak cuba guna Sea Shipping, takde pulak orang yang sudi kongsi pengalaman. Last-last aku cuba dan rasai sendiri macam mana. Boleh baca entri tu kalau nak tahu berbaloi ke tak.

Next entri pasal akaun Shopee yang kena banned. Yang ni pun dari pengalaman aku sendiri. Tapi masa kena banned tu, tak sempat pulak aku search pengalaman orang lain yang pernah kena. Terus aku contact Shopee dan berdoa semoga akaun aku tu dapat balik. Syukur dapat balik akaun tu walaupun lama menunggu.

Macam biasa, hampir semua audiens dari Malaysia. Mungkin sebab entri aku dalam Bahasa Malaysia. Harus lah ramai audiens dari Malaysia kan? Dan penggunaan telefon adalah paling tinggi berbanding desktop dan tablet. Betul lah. Sekarang lagi mudah dan jimat masa. Kalau setakat nak baca entri, boleh bukak guna phone je.

Post a Comment

22 Comments

  1. Wow. Terbaik performance BK. Keep it up BK.

    ReplyDelete
  2. Wah terbaik performance👍 Semoga terus maju

    ReplyDelete
  3. ada juga ye kes akaun shopee kena banned. saya pernah kena blocked je. bagi 5 stars pun kena blocked. malas fikir, cari saja seller lain

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ada. Sekarang ni Shopee makin aktif duk block akaun.

      Delete
  4. Bagus kongsi pengalaman letak dalam blog.

    ReplyDelete
  5. good job bila suka share2 pengalaman ni. berfaedah sangat.

    ReplyDelete
  6. hebat performance. saya ni kejap muncul kejap tak muncul je, mana maunya dapat cenggitu xD

    ReplyDelete
  7. Salam ziarah..sampaikan yang benar ..dan sampaikan ilmu biar sepatah..saya banyak baca paparan blog guna phone sekarang..updated blog saya suka laptop skrin..nak besar..jelas

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya pulak suka blogwalking guna PC atau laptop. Phone jarang sangat guna.

      Delete
  8. Keep it up BK. Semoga terus berkembang pesat dalam dunia blogging ni. Banyak topik panas orang cari ni. Yang jarang orang nak share sebab tak ada pengalaman. Betul, sekarang ni banyak view dari mobile je.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih. Harapnya macam tu lah. Suka share pengalaman untuk bantu mereka yang memerlukan.

      Delete
  9. ammi pun banyak view dr mobile je masa otw balik dlm train. sampai rumah dah penat tak kose dah nak bukak2 laptop bagai

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sama lah. Bila kat luar, memang guna mobile view je.

      Delete