Akhirnya, dapat surat PIN dari Google AdSense.


Alhamdulillah. Setelah berjanggut menunggu, akhirnya surat PIN dari Google AdSense selamat tiba ke rumah dengan cemerlang. Petang tadi bunyi hon motosikal kat luar rumah. Ingatkan siapa. Bila tengok, rupa-rupanya posmen dari PosLaju yang datang.

Waktu tengok surat tu, tak tahu nak cakap apa selain ucapan terima kasih kat posmen tu. Excited. Ye lah. First time dapat surat macam ni. Mau tak happy kan? Jauh bebenor. Dari Perancis kot surat ni. Cukup-cukup 40 hari untuk surat ni sampai kat rumah.

Tarikh Perkara
10 Julai 2021
  • Permohonan AdSense diterima
22 September 2021
  • Surat PIN mula dihantar
1 November 2021
  • Surat PIN diterima

Aku ingat lagi, banyak kali jugak aku apply AdSense ni. 3 kali kena reject. Antara sebabnya:
  1. Google-served ads on screens without publisher-content
  2. Low value content

Lepas aku tukar domain ke dotcom, sekali je permohonan aku kena reject. Tu pun sebab ada broken link dalam entri. Dengan gigihnya aku check setiap entri dan buang konten yang tak perlu. Aku apply AdSense sekali lagi dan permohonan aku diterima.


Walaupun earning tak banyak mana pun, sekurang-kurangnya rasa seronok bila ada iklan dalam blog. Cumanya kena selalu filter iklan yang tak sesuai dipaparkan.


Tiba-tiba rasa bersemangat pulak nak buat entri. Aku perasan jugak akhir-akhir ni ramai bloggers dah macam kurang aktif menulis. Mungkin sejak tiada sekatan rentas negeri, ramai yang luang masa hirup udara segar kat luar. Aku macam ni lah. Selagi ada masa dan tenaga untuk menulis, aku akan spend masa mengadap laptop.

Post a Comment

26 Comments

  1. Tahniah bola jana pendapatan sampingan

    ReplyDelete
  2. Wah, tahniah!! Akak masih lagi menanti cecah 10USD😂.

    ReplyDelete
  3. Hehe itulah ramai sepi.
    Selamat menulis.

    ReplyDelete
  4. Alhamdulillah tahniah :D
    Mujur selamat suratnya. Saya dulu renyuk sikit pastu sendiri lupa ada apply adsense sbb lama bebenor nak sampai haha

    ReplyDelete
  5. aah, keluar rumah seketika hahaha. by the way, tahniah!

    ReplyDelete
  6. Tahniah. Ammi punya adsense pun br lulus. Alhamdulillah sekali apply je. Rasa mcm main silap mata pulak haritu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih. Itu lah. Kalau takde masalah senang je lulus.

      Delete
  7. alhamdulillah.. saya punya dia baru pos 26 Oct. belum sampai malaysia lagi rasanya

    ReplyDelete
  8. Alhamdulillah. Semoga dapat jana earnings

    ReplyDelete
  9. tahniah BK< mama dah cerai dah dgn GA

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih. Itu lah. Bila GA buat hal, memang tak daya nak rujuk balik. 😂

      Delete
  10. Alhamdulillah, saya masih menanti. Hidup dah fully dengan assignment

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tahniah. Kann. Kena hadap dengan urusan harian pulak.

      Delete