Filem Korea: Innocence (2020).


Tajuk: Innocence
Genre: Crime, drama, thriller
Bahasa asal: Korea
Tarikh tayangan: 10 Jun 2020
Tempat tayangan: Korea
Pelakon: Shin Hye Sun, Bae Jong Ok, Heo Jun Ho, Hong Kyung, Tae Hang Ho, Ko Chang Seok, Jung In Gyeom

Sinopsis


Diinspirasi dari kisah benar yang pernah berlaku kat Korea tahun 2015, filem Innocence merupakan kisah seorang peguam yang membela mak dia dari tuduhan bunuh.

Ulasanspoiler alert


Masa scene awal pun dah menarik perhatian aku untuk terus tengok filem ni sampai habis. Cerita bermula waktu hari sebelum pengkebumian suami Chae Hwa Ja yang meninggal disebabkan masalah hati. Ikut adat orang Korea, waktu tu ada makan-makan sikit (macam tahlil bagi Muslim). Entah macam mana, beberapa orang termasuk Datuk Bandar, muntah-muntah disebabkan keracunan arak beras. Sorang meninggal dunia masa di hospital.


Chae Hwa Ja ditahan reman kerana disyaki meletakkan racun serangga dalam arak beras. Ahn Jung In yang merupakan anak perempuan Chae Hwa Ja terus ambil kes ni disebabkan peguam yang handle kes mak dia sebelum tu tak boleh diharap.


Bermula dari situ lah Ahn Jung In menggunakan kepakarannya sebagai peguam, merungkai satu per satu kisah tragis yang disembunyikan sejak sekian lama oleh Datuk Bandar yang melibatkan kematian ayah kandung Ahn Jung In.


Silap Datuk Bandar tu duk main dengan api. Lagi satu, Datuk Bandar tu salah guna kuasa dia untuk pastikan yang Chae Hwa Ja dikenakan hukuman atas kes kematian dan keracunan arak beras. Tapi Ahn Jung In tak sebodoh tu. Dia korek sedalam-dalamnya rahsia Datuk Bandar tu.

To cut short, mak Ahn Jung In ni nyanyuk. Kadang ingat, kadang tak ingat. Tapi ada satu hari, masa Ahn Jung In melawat mak dia kat penjara, mak dia cerita dari awal kisah sebenar tu. Rupa-rupanya memang mak dia yang letak racun serangga dalam arak beras untuk bunuh Datuk Bandar dan sekongkol dia.


Bila dapat tahu yang usaha untuk buktikan mak dia tak bersalah (innocence) jadi sia-sia, Ahn Jung In terpaksa musnahkan bukti yang ada. Alasannya sebab mak dia dah terima hukuman (nyanyuk, hidup sengsara, anak lelaki OKU dsb).

Mak berkorban demi anak, anak berkorban demi mak.

Filem ni mudah nak faham. Kehadiran plot twist masa kat hujung cerita tu yang buatkan filem ni sangat recommended untuk ditonton seisi keluarga. Filem ni nampak je tenang tapi setiap scene tu sangat penting. Terlepas satu, terpaksa kena tengok balik. Kalau tak, memang susah nak faham plot seterusnya.

Post a Comment

10 Comments

  1. rasanya ada di Netflix kan? saya suka filem ada plot twist

    ReplyDelete
    Replies
    1. Setakat ni tak jumpa lagi dalam Netflix cerita ni.

      Delete
  2. mesti best ni Shin Hye Sun berlakon

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kann. Dia ni kalau berlakon gila-gila pun menjadi. 😁

      Delete
  3. scene awal kalau menarik, memang boleh melekat dan melekap terus depan tv

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang. Sebab scene awal tu lah terus tengok sampai habis. 😂

      Delete