Jang Hyuk x The Successful Story of a Bright Girl x Running Man.


Alkisahnya malam tadi aku duk tengok episod terbaru Running Man (episod 577). Bila episod tu habis, ada preview episod seterusnya yang akan ditayangkan minggu depan. Punya lah tak sangka dan excited bila dapat tahu yang Jang Hyuk akan join sebagai guest dalam episod 578.


Peminat drama Korea dari zaman Winter Sonata, kalau tak kenal Jang Hyuk memang bukan peminat sejati lah namanya. Aku ingat lagi TV3 tayang drama yang Jang Hyuk berlakon dengan Jang Na Ra iaitu The Successful Story of a Bright Girl. Aku memang ingat dengan jelas sebab masa drama ni tayang (dari 7 malam - 8 malam), aku ada kelas tambahan kat sekolah start pukul 8 malam.

Memang selalu masuk kelas lambat sebab nak tengok drama ni sampai habis. Waktu tu tak kira perempuan ke lelaki ke, semua pakat tengok sekali. Nasib baik sekolah dekat je dengan rumah. Jalan kaki lebih kurang 10 minit. Zaman tu mana ada smartphone lagi. Dalam Internet pun tak banyak website yang tayang drama Korea. Jadi, sumber utama untuk tengok drama Korea adalah melalui TV. Dan TV3 lah raja penyiaran drama Korea yang best.

Chaiyok! Chaiyok!


Bermula dari drama ni jugak lah lahirnya perkataan yang cukup trending waktu tu. Kat TV3, drama Korea dialih bahasa (dubbing) kepada Bahasa Mandarin. Chaiyok! ni asalnya dari perkataan Fighting! yang bermaksud Berusaha lah! atau Bersemangat lah!


Dalam Bahasa Mandarin mungkin ejaan dan sebutannya lain sikit. Tapi Chaiyok! ni lah yang selalu disebut-sebut oleh muda-mudi yang tengok pernah tengok drama tu.

Runing Man x Jang Hyuk


Dah beberapa kali dah sebenarnya dia ni jadi guest dalam RM. Masa awal-awal musim pun dia dah ada. Kiranya dia antara guest legend dalam RM. Mana-mana episod yang ada dia, mesti best. Walaupun Jang Hyuk ni pelakon bertaraf A, tapi bila masuk RM je, terus jadi gila-gila. Aku suka pelakon atau selebriti yang macam ni. Tak fake dan mudah masuk dengan sesiapa je tanpa mengira status.


Tak silap, kali terakhir kemunculan dia dalam RM masa episod 385. Masa game dia tiup botol guna hidung. Waktu tu dia masih ada shooting drama dengan watak yang karismatik katanya. Tapi bagus betul dia layankan je game yang RM buat.


Tak pasti dia datang RM kali ni sebab apa. Tapi rasanya sebab nak promote filem terbaru dia iaitu Tomb of the River. Filem ni akan tayang 10 November tahun ni. Kisah pasal gengster berebut nak ambil alih resort mewah kat Gangneung, Korea.

Post a Comment

6 Comments

  1. Jang Hyuk ni gelak dia dah jd trademark..haha..oo..maknanya drama 'You're My Destiny' tu 2nd time dia couple dgn Jang Nara..

    first time tgk JH berlakon dlm the Slave Hunter..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kann. Betul, gandingan kedua diorang dalam drama tu.

      Delete
  2. tak minat sgt dia sebab tu jarang follow drama dia tapi kalau dia datang running man mesti best..hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sama lah. Jarang follow drama sebab banyak layan variety shows je.

      Delete
  3. Replies
    1. Betul. Korea kalau buat cerita mesti lain daripada yang lain.

      Delete