Hari ni dapat ilmu baru. Aku ada beli barang online. Seller pos barang tu guna sampul yang aku tak pernah nampak sebelum ni. Ada logo Pos Malaysia. Warna seakan emas kelabu. Sebab sifat ingin tahu yang membuak-buak, aku pun call pejabat Pos.
Rupanya ada banyak jenis sampul Pos kat Malaysia. Tu tak termasuk lagi pos yang jenis kotak. Sebelum ni aku biasa jumpa seller yang hantar guna sampul (atau flyer) kosong. Kena isi manual kat website atau app dan bayar bila dah timbang barang. Untuk pengetahuan, sampul dari PosLaju dan Pos Malaysia tak sama tau.
Jenis sampul PosLaju
1. Prepaid (Prabayar)
Sampul plastik. Harga dah ditetapkan berdasarkan berat. Dalam sampul ni ada disertakan sekali bubble wrap untuk lindungi barang dari kerosakan. Ada dua jenis iaitu untuk Semenanjung Malaysia (oren) dan Sabah/Sarawak (biru).
Saiz | Berat | Harga |
---|---|---|
S (Semenanjung) | 500 g | RM7.90 |
S (Sabah/Sarawak) | 500 g | RM13.00 |
L (Semenanjung) | 1 kg | RM10.90 |
L (Sabah/Sarawak) | 1 kg | RM19.00 |
2. Flyer
Sampul jenis ni tak sama dengan Prabayar. Kena timbang barang baru tahu berapa harga yang kena bayar sebab harga tak sama mengikut negeri. Kena isi borang online atau dalam app, print kat pejabat Pos dan tampal sticker tu kat sampul. Kalau dalam website Pos Malaysia, harga dijual secara bundle.
Saiz | Kuantiti | Harga |
---|---|---|
S | 10 keping | RM2.00 |
S | 50 keping | RM6.00 |
M | 10 keping | RM3.00 |
M | 50 keping | RM11.00 |
L | 10 keping | RM4.00 |
L | 50 keping | RM15.00 |
XL | 10 keping | RM5.50 |
XL | 50 keping | RM22.00 |
Jenis sampul Pos Malaysia
1. FlexiPrepaid
Sama jugak macam sampul Prepaid tapi sampul plastik ni hanya boleh beli kat cawangan Pos Malaysia. Cawangan PosLaju takde jual dan PosLaju pun takkan terima atau buat delivery barang dari sampul ni. Tracking number lain-lain katanya. Berat dan harga FlexiPrepaid dah ditetapkan pada setiap sampul.
Saiz | Berat | Harga |
---|---|---|
S | 500 g | RM4.50 |
M | 1 kg | RM6.00 |
L | 2 kg | RM8.00 |
2. XpresDrop
Sama macam FlexiPrepaid, sampul ni hanya boleh didapati di setiap cawangan Pos Malaysia. Dulu kertas tebal (Pos Ekspres), sekarang plastik. Selalunya, dibeli sebab nak hantar dokumen atau apa-apa barang nipis (dan ringan) dalam masa yang cepat. Tapi katanya sampul jenis ni dah nak ditamatkan. Stok yang ada sekarang takkan ditambah bila dah habis.
Saiz | Harga |
---|---|
S (oren) | RM5.30 |
XS (oren) | RM4.77 |
XS (lutsinar) | RM4.77 |
Untuk info lanjut, boleh pergi sendiri ke cawangan Pos berdekatan atau boleh tengok kat website Pos Malaysia (https://www.pos.com.my) sebab dalam ni ada banyak maklumat berkaitan jenis sampul berserta harga. Semoga entri ni bermanfaat untuk mereka yang nak guna servis PosLaju dan Pos Malaysia.
8 Comments
Lama tak pergi pejabat pos untuk urusan pos. Kak Feni guna khidmat J&T sebab dekat dengan rumah.
ReplyDeleteBtw kak feni follower yang ke 98. Hehe
Terima kasih. 😀
DeleteJ&T pun bagus jugak. Siap ada servis balut guna bubble wrap lagi.
Tq info.
ReplyDeleteJarang guna poslaju utk pos dokumen office. Biasa kena guna AR card sbb itulah requirement utk hantar legal docs
Betul. Guna POS Daftar pun ada jugak.
DeleteBaru tahu info betkaitan sampul surat ni
ReplyDelete👍👍👍
Deletewahhh..baru tahu info ni.
ReplyDeletebtw, jemputlah join giveaway kita
Terima kasih. InsyaAllah boleh join.
Delete