Trial kit produk Himalaya dah sampai!


Beberapa minggu lepas, aku ada apply untuk dapatkan sampel aka trial kit ni secara percuma. Ya. Secara percuma. Hanya kena bayar kos postage RM5 untuk dapatkan trial kit ni dan voucher RM5. Yang lain free of charge.

Mulanya masa apply tu takut jugak. Risau scam. Kes ramai yang duk reply dalam komen FB. Diorang komplen barang tak sampai sedangkan dah berminggu apply. Aku memang cuak waktu tu. RM5 pun duit jugak kan? Tak nak lah aku jadi mangsa scammer.


Alhamdulillah. Cukup 23 hari, barang aku sampai. Aku apply 22 Oktober dan barang sampai 14 November. Laju berdesup kan? Order barang dari China pun 4 hari je sampai. 😄

Dalam trial kit ni, ada 3 barang iaitu:
  • Protein Shampoo 100 ml
  • Neem Face Wash 15 ml
  • Neem Face Pack 15 ml

Aku pernah guna produk Himalaya ni masa tahun 2018 tak silap aku. Aku guna face wash. Menjadi jugak. Elok dengan kulit aku. Tapi agak mahal bagi aku. Jadi, aku stop lepas habis guna satu tube tu.


Aku redeem trial kit ni pun sebab nak cuba pakai syampu Himalaya ni. Bau wangi jugak. Kalau elok untuk kepala aku, lepas ni boleh lah beli syampu yang besar sikit. Kalau teringin nak dapatkan trial kit ni, boleh apply lagi. Katanya selagi stok masih ada, selagi tu boleh apply.

Post a Comment

10 Comments

  1. comel je sample dia tp dah pernah try shampoo dia mcm x sesuai plak ngan kulit kepala kita ni hehee...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itu lah. Payah jugak nak cari syampu yang serasi. Kalau pakai Himalaya ni tak jadi, terpaksa lah saya cari yang lain.

      Delete
  2. pernah beli vitamin himalaya je untuk anak..hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Vitamin pun ada? Tak tahu pulak. Kena cari jugak ni.

      Delete
  3. wah bestnya cuba bayar rm5 je ye. himalaya produk dia bagus

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kann. Macam dapat free 100%. Produk Himalaya setakat ni famili pakai memang elok. Cuma itu lah. Mahal sikit dari produk lain.

      Delete
  4. Lama jugak tu nak sampai. Berbaloi jugaklah dengan RM5 dapat trial kit produk Himalaya ni. Semoga sesuailah dengan kulit.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Amin. Harap sesuai dengan kulit. Risau jugak nak test benda baru. 😂

      Delete
  5. Pernah pakai shampoo dan conditioner dri produk himalaya ni . Memang wangi baunya

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih sudi kongsi pengalaman. Kena cuba jugak conditioner lepas ni.

      Delete