Kolaborasi nasi goreng ayam McD x kimchi.


McD ada jual ke nasi goreng ayam? Kalau ada, aku orang yang paling excited nak cuba. Setakat yang aku tahu, tak pernah wujud lagi. KFC pun buat nasi ayam je. Dulu lah. Siap ada sup yang super duper sedap. Sekarang sup nan hado. Tak tahu kenapa. Padahal tu antara selling point set nasi diorang.


Semalam ada baki ayam goreng McD plus terasa nak makan nasi goreng. Aku pun dengan tahap kerajian yang terlampau, masuk lah dapur untuk buat nasi goreng menggunakan ayam McD ni. Bahan yang aku guna sikit je. Main campak-campak. Yang penting harus lah ada ayam goreng McD dan serbuk kimchi. Kalau takde, bukan nasi goreng ayam McD x kimchi lah namanya.


Hasilnya? Macam tu lah rupanya. Selain taruk hirisan ayam dalam nasi, aku carik-carik sikit isi ayam untuk jadikan lauk tambahan. Nasi rasa pedas sikit sebab aku guna ayam pedas, bukan original. Lagipun aku masukkan cili padi nak bagi bangkit sikit rasa pedas tu. Kalau tak nak letak, boleh je. Ikut cita rasa masing-masing.

Post a Comment

8 Comments

  1. Betul tu. Rindu Nasi Ayam KFC dgn sup yang sedap tu siap ada fish ball lagi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kann. Suka makan KFC sebab tu lah. Tempat lain takde jual.

      Delete
  2. Ingatkan McD ada keluarkan nasi goreng
    Rupanya goreng nasi sendiri
    Nampak sedap dan menyelerakan ada tambah ayam McD tu

    ReplyDelete
  3. owh.. ada eh serbuk kimchi.. menarik idea ini

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ada. Selalu beli dalam kedai rasmi kat Shopee/Lazada.

      Delete
  4. Lama tak makan McD. Ayam goreng pedas tu saya memang tak tahan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kann. Bila lama tak makan, memang terasa mengidam tu.

      Delete