Makan kedondong cicah Kicap Manis Ekstra Pedas Mahsuri.


Pedas yang amat. Aku ingat pedas manja je. Kicap kan? Lagipun katanya kicap manis. Tak sangka pulak rasa pedas tu tersangat pedas. Macam berpuluh cili hidup dimasukkan dalam kicap tu.

Sedap? Memang sedap. Sangat sesuai dijadikan colek buah. Belakang rumah aku ni ada pokok buah kendondong yang merimbun. Apa lagi, aku pun makan lah sekali dengan kicap Mahsuri ni.


Setakat aku makan, takde pulak side effect pedas membakar macam ayam pedas 3x McD tu. Kiranya kicap ni takde masalah untuk dicampur dalam makanan (nasi goreng atau megi) atau dibuat cicah. Cumanya tak digalakkan untuk sesiapa yang tak tahan pedas makan. Ibu mengandung pun jangan sesekali makan tau. Sebab pedas ni memang betul-betul pedas.


Harga seketul kicap ni RM6.50 yang aku beli dalam Shopee. Tak silap aku nanti 25 Disember, akan ada promo dan diskaun. Boleh lah sesiapa yang nak cuba, beli kat kedai official tu.


Mahsuri ni banyak jugak produk kicap dan sos. Harga pun mampu milik. Aku pernah beli masa Fazley jadi duta. Sekarang rasanya Nabil. Brand ni memang sedap je. Cuma mungkin ramai yang dah terbiasa makan brand Kipas Udang atau Jalen sebab selalu iklan dalam TV dulu-dulu.

Post a Comment

8 Comments

  1. not bad ni kalau nak dibuat rencah dalam nasi goreng ataupun mee goreng

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul. Tapi kurang pedas kalau campur dalam nasi atau mi. Saya prefer makan cicah atau tuang atas telur mata.

      Delete
  2. Ada nampak jenama ini. Tidak sempat belek.

    ReplyDelete
  3. Tak pernah cuba jenama Mahsuri ini.. seram pula dengar pedas dia tu.. hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang pedas. Tapi alhamdulillah setakat ni takde cirit lagi. 😂

      Delete
  4. Suka jugak brand Mahsuri ni. Ok nanti nak cari. Thanks share

    ReplyDelete