Semalam masa singgah kat kedai runcit, ternampak pulak roti-roti viral yang tengah hot sekarang ni. Gardenia memang selalu hasilkan roti viral. Dulu perisa pandan, sekarang perisa baru pulak iaitu Black Forest dan Karamel Masin. Dua-dua roti ni aku cari kat 7e, memang tak jumpa. Staf tu kata dah out of stock.
1. Black Forest dengan Kismis
Seingat aku, setakat ni belum pernah lagi aku makan kek perisa black forest. Memang aku tak tahu macam mana rasanya black forest tu. Manis? Masam? Entah. Roti Gardenia perisa ni bagi aku, rasa seakan roti perisa anggur. Tapi tengok dalam gambar tu buah ceri. Dan salah satu bahan black forest adalah ceri. Yang pasti, roti ni rasa buah dan manis.
2. Karamel Masin
Ban roti memang kosong. Aku ingatkan ada inti atau krim kat dalam. Sebab Black Forest ada. Takkan perisa ni takde kan? Rasa karamel? Aku tak rasa macam ada karamel. Mungkin kalau diletakkan krim karamel sebagai inti dalam roti tu, aku rasa mesti lagi sedap. Sebab selalunya roti pesen gini, ada krim kat tengah-tengah.
Overall, agak muak sedikit bila makan dua ketul roti ni. Tak tahu kenapa. Kalau sebelum ni bila makan roti macam ni, dua bungkus pun tak cukup tapi bila makan roti perisa baru ni, terasa terpaksa telan sampai habis. Mungkin jugak aku bukan peminat kedua-dua perisa baru ni. Sebab tu tak mampu nak habiskan.
6 Comments
belum pernah try lagi.. in fact, tak tau pon ade perisa baru ni
ReplyDeleteItu lah. Jarang nak nampak kat kedai.
DeleteMemang sedikit inti karamel masin.
ReplyDeleteHehe makan sekali 2 buku roti perisa berbeza mungkin rasa muak.
Mungkin kot sebab makan flavour yang sama satu masa.
DeleteBelum dapat membeli lagi 2 ketul roti ni. Rasanya macam lebih okay kalau dipadankan dengan roti putih. Baru dapat rasa inti sebenar.
ReplyDeleteKann. Kalau roti berperisa pesen gini, saya prefer brand Mighty White. Lembut dan sedap.
Delete