Telefilem Malaysia: Nasinya Tumpah (1986).


Petang semalam baru berkesempatan untuk tengok telefilem Nasinya Tumpah. Dah lama aku nak tengok lepas dapat tahu tak lama dulu ada kes kematian disebabkan makan cendawan beracun.

Nasinya Tumpah ni diadaptasi daripada cerpen karya Fatimah Busu yang diterbitkan pada tahun 1972. Antara cerpen terbaik yang pernah beliau hasilkan sehingga kisah yang cukup menyayat hati ni diangkat ke kaca TV.


Sekarang TV6 ada tayang semula cerita ni. Selalu ada ulangan. Tapi aku tak pasti bila lagi lepas ni ditayangkan. Semalam (Selasa, 7 Disember 2021) ditayang pukul 1.30 petang. Sebelum ni aku perasan TV6 pun ada tayang waktu yang sama tapi 23 November. Maksudnya setiap dua minggu? Mungkin lepas ni akan ditayang lagi pada 21 Disember?

Sinopsis


Kisah Jarah dan dua orang adik-adiknya yang meninggal dunia disebabkan termakan kulat (cendawan) yang diracun.

Ulasanspoiler alert



Kisah Jarah yang menjalani kehidupan biasa sebagai seorang gadis di kampung. Anak kepada Samad dan Halimah yang cukup bertanggungjawab dalam menjaga adik-adiknya iaitu Zabidah, Bedolah dan Hani ketika mak ayah dia ke kebun atau ke pasar untuk jual hasil tanaman.

Suatu hari, waktu Samad dan Halimah ke pekan untuk jual pisang dan beberapa lagi hasil tanaman, Jarah kat rumah dipertanggungjawab untuk menjaga adik-adiknya yang tak ke sekolah disebabkan hari minggu merupakan cuti sekolah.


Jarah kemudian bawak adik-adik dia sekali ke kawasan lapang sebab nak jemur beras kat bawah sinar mentari. Masa lalu kat kawasan belukar, Jarah dan adik-adik dia ternampak kulat yang tumbuh merimbun pada permukaan batang kayu. Tanpa ragu-ragu, diorang terus kutip kulat-kulat tu lepas balik dari menjemur beras tadi. Tanpa diorang tahu, sebenarnya kawasan tu baru je diracun oleh Sa'od, buah hati Jarah.


Kulat-kulat tadi diorang bawak balik dan Jarah masak untuk dijadikan lauk tengah hari bersama lauk-lauk lain. Waktu makan, Bedolah yang perangai agresif sikit ni cedok lah beberapa sudu gulai kulat tu tanpa peduli pesan Jarah yang beberapa kali nasihat dia supaya jangan tamak. Tak puas hati dengan perangai Bedolah, Zabidah bergaduh dengan Bedolah hingga Bedolah merajuk dan meninggalkan ruang makan.

Jarah, Zabidah dan Hani pun sambung lah makan tengah hari macam takde apa-apa yang berlaku sambil Zabidah menangis teresak-esak. Sisa makanan yang tak habis, Jarah bagi kat ayam-ayam belakang rumah.


Tak lama lepas tu, Zabidah mula muntah-muntah dan paling teruk, muntah darah. Jarah ke dapur dan terkejut tengok adiknya, Zabidah yang muntah tanpa henti. Jarah kemudian ke tempat Hani tidur dan meraung sekuat hati bila tengok darah yang belumuran keluar dari mulut adik bongsunya tu. Kemudian, Jarah pun muntah darah dan ketiga-tiga beradik ni tak sedarkan diri.


Lepas balik dari pasar, Samad dan Halimah terkejut tengok beberapa ekor ayam diorang mati kat tengah jalan. Dengan perasaan tak sedap hati, diorang terus balik ke rumah dan mendengar tangisan Bedolah. Alangkah terkejutnya diorang bila dapat tahu yang ketiga-tiga anak diorang meninggal dunia disebabkan makan cendawan beracun.

Post a Comment

9 Comments

  1. Eh sedihlah pulak..
    Tak pernah tengok ammi cerita ni. Baru ammi tau ada Channel TV6 ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sedih cerita macam ni. Cerpen dulu-dulu memang penuh emosi.

      Delete
  2. Inilah cerita yang akak tengok masa kecil dan buat akak takut nak makan cendawan hahahah. Masa tu siap salahkan ND Lala (Saod) sebab meracun kat situ.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Oh ND Lala ke? Memang tak terfikir langsung sebab lain muka dia masa muda.

      Sama lah. Takut nak makan cendawan bila ada kes macam ni.

      Delete
  3. Mungkin saya terlalu muda, tak pernah tgok citer ni xD

    ReplyDelete
  4. hampir sebaya drama ni dengan saya. telefilem dulu-dulu kreatif ya. Astro tak dapat TV6 tu. pernah tengok sekali channel tu masa pergi homestay

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul. Walaupun peralatan shooting tak secanggih sekarang tapi jalan cerita tu sangat hebat.

      Delete
  5. Baru tgk filem ni tadi di TV6 My freeview. First time tgk tahun 1986 . Saya darjah 4 time tu...lama sgt dah. Masih lg ingat plot cite ni. Time tu ingat semua cendawan beracun...

    ReplyDelete