Masa jalan-jalan kat mall hari tu, terasa nak masuk area groceries. Niat nak usha promo baru sempena CNY. Sekarang kalau pergi mana-mana mall, kebanyakannya akan ada promo CNY dalam skala yang besar. Macam hari raya puasa jugak. Waktu ni lah kalau nak buat sales.
Kat pintu masuk, ternampak pulak Lee Zii Jia. Tengah hot dia sekarang dengan kemelut persatuan. Tak tahu masalah apa. Stress atau gaji? Aku ada baca artikel. Katanya gaji pemain badminton negara kita tak sebanyak pemain bola sepak. Walaupun pemain badminton kita sangat menyumbang kepada negara tapi gaji agak menyedihkan kalau nak dibandingkan. Jarang pulak nampak pemain bola sepak jadi duta produk selain makanan kucing. 🙄
Tapi kesian jugak LZJ ni. Dia sorang yang jadi tumpuan nak kena berada sama level dengan LCW. Tak nampak lagi pemain pelapis lain kecuali pemain muda, Ng Tze Yong yang mampu ada kat top 10 dunia suatu hari nanti.
Berbalik kepada misi aku kat area groceries ni, masa pusing kat bahagian minuman, ternampak pulak botol Ovaltine. Tak sangka Ovaltine ada buat air botol. Selalunya yang aku jumpa jenis serbuk atau 3 in 1 je. Aku pun beli lah sebotol sebab nak cuba. Tak ingat dah aku harga berapa sebotol. Tak silap aku RM2 atau RM3 lebih.
Rasa air botol Ovaltine ni tak sama dengan serbuk atau 3 in 1 yang aku pernah minum sebelum ni. Rasa kurang bergula dan pekat sikit coklatnya daripada biasa. Minum masa sejuk lagi sedap. Cumanya sebelum minum, kena goncang dulu. Kalau tak, akan rasa tawar dan cair sebab coklat tu mendap kat dasar botol.
12 Comments
lama tak minum ovaltine...
ReplyDeleterasanya DLCW takde pun masalah, dia lagilah juara dunia...
LCW pernah ada jugak tapi isu tak besar.
DeleteJarang minum ovaltine ni.
ReplyDeleteTak tahulah apa kemelut sebenar LZJ nekad betul dia keluar BAM
Itu lah. Mungkin dia saja yang tahu masalah sebenar. Walaupun dah keluar BAM, semoga dia dapat terus julang nama Malaysia di mata dunia.
DeleteDah lama tak minum ovaltine...
ReplyDeleteSekali-sekala boleh. Ovaltine ni manis sikit.
Deletemenarik nmpknya air tu..jrg jmpa air ovaltine
ReplyDeleteBetul. Ni pun jumpa kat pasar raya.
DeleteTentu sedap minum sejuk2
ReplyDeleteMemang sedap. Peram dalam peti ais. 😁
DeleteNampak coklatnya terlalu kaw
ReplyDeleteCoklat kaw sekali dengan gula. 😆
Delete