Aku pergi 7e. Konon nak cari komik pek spesel Lawak Kampus 42. Cari punya cari, tak jumpa. Mungkin belum masuk lagi. 7e kat sini banyak jual Lawak Kampus. Tersusun rapi kat rak buku. Tapi macam tak jalan pun dari tahun lepas. Mungkin tak ramai tahu? Atau tak ramai kipas-susah-mati Lawak Kampus kat situ?
Bila tak dapat beli komik tu, aku pun melilau lah dalam 7e. Memandangkan takde customer lain selain aku, terasa heaven kejap. Boleh tengok satu per satu barang yang 7e jual. Dan biasanya kalau masuk 7e, aku akan spend masa dalam 15 hingga 20 minit. Nak tengok apa yang menarik.
Aku beli sepaket Crispy Special Edition iaitu Yakitori BBQ. Dulu aku pernah review pasal coklat edisi terhad ni. Perisa gochujang. Untuk perisa BBQ ni, katanya bertemakan Jepun. Orang Jepun famous dengan BBQ ke? Musykil kejap.
Rasa Yakitori BBQ ni sangat lah mengganggu deria rasa aku. Bau memang ada bau coklat tapi bila masuk dalam mulut dan rasa dengan lidah, sangat tak best. Aku rasa macam bau hamis gitu. Pelik. Bagi aku, sangat kurang sesuai bila BBQ bergandingan dengan coklat.
Untuk roti Butter Sugar tu pulak, aku memang sangat suka. Krim butter dalam roti tu sangat mewah dan sedap. Lagi-lagi bila ada gula pasir dalam tu. Bila makan, boleh terasa krup krap gula. Macam roti yang selalu aku buat. Roti kosong sapu mentega dan tabur gula kat atas mentega. Sedap yang amat.
Nampak sangat kontra rasa makanan yang aku beli kali ni. Satu tak kena dengan tekak aku dan satu lagi sangat sedap. Harga pun jauh beza. Yakitori BBQ tu RM3.90 seketul dan Butter Sugar tu RM1 seketul. Lepas ni kalau jumpa lagi roti ni, memang akan repeat order. Boleh spare buat breakfast.
2 Comments
tak semestinya mahal dan unik tu bagus. yang murah dan basic tu adakala lagi memuaskan hati
ReplyDeleteBetul. Yang basic sebenarnya lagi sedap.
Delete