Promo Golden Egg Burger pun belum tamat lagi, KFC dah buat promo baru. Kali ni sempena Tahun Baru Cina. Masa awal-awal promo burger, memang aku tak terasa nak cuba. Sebab bab burger KFC ni memang aku kureng sikit. Tak lama lepas tu, muncul promo ayam goreng iaitu Golden Egg Crunch.
Aku tak tahu kenapa tak buat sekali dengan kemunculan promo burger hari tu. Stok ayam tak cukup ke? Atau bahan perapan tak sampai? Bila promo ayam ni muncul, aku antara orang yang excited nak cuba walaupun aku tahu tak semua promo menjadi.
Set ayam ni ada 3 jenis: 3 ketul, 2 ketul dan box meal. Aku beli yang 2 ketul. Dalam tu ada 2 ketul ayam Golden Egg Crunch, 1 bekas whipped potato, 1 bekas coleslaw dan air teh lemon ais.
Sedap ke? Dari luar nampak menggiurkan walapun realitinya tak sama macam gambar iklan. Bagi aku, rasa ayam ni boleh tahan. Walaupun rasa tu memang style KFC, tapi bau dan aroma ayam ni yang best. Wangi. Ayam ni tak pedas. Mungkin perasa telur keemasan ni macam tu.
8 Comments
last time makan saya rasa best sebab memang minat rasa telur masin. kena try nanti ni.
ReplyDeleteSetahun sekali ni. Kena cuba lagi. 😆
Deletetk pernh try lagi
ReplyDeleteLepas ni boleh cuba. Promo baru lagi ni.
DeleteHaha bab makan ni tak boleh tahan. Nampak sedap. Boleh try dengan family nanti.
ReplyDeleteKann. Nampak luaran pun sedap. Antara flavour yang menjadi.
DeleteNampak golden dia. Tak try lagi.
ReplyDeleteAda masa nanti boleh cuba. InsyaAllah akan jatuh cinta. 😁
Delete