Mamee Monster Noodle Snacks versi Australia.


Kali pertama aku jumpa Mamee pesen ni. Kat kedai runcit memang takde jual. Aku beli kat Shopee. Kesnya aku tertarik tengok packaging macam megi. Dalam satu pek besar, ada 8 pek kecil. Harga RM2.99 sebungkus.

Link kedai: groceries_mart

Rupa mi tu sekali pandang sama macam yang biasa ada kat kedai tu. Tapi bila tengok betul-betul, Mamee Monster versi Australia ni lebih pucat dan lebih tebal. Kat belakang pek, ditulis Made in Malaysia. Dikilangkan di Malaysia dan diimport oleh Australia.



Disertakan sekali perencah ayam/BBQ. Sedap? Bagi aku, aku lebih suka rasa Mamee Monster versi Malaysia. Lagi rangup dan berperisa. Versi Australia kurang rangup dan macam tawar sikit. Tak tahu lah kalau orang sana suka makan flavour macam ni. Tapi aku rasa, kalau jual kat Malaysia secara rasmi, aku yakin 100% kurang sambutan berbanding versi Malaysia.

Post a Comment

12 Comments

  1. comel pulak paket dia gambar ngap macam tu hehe

    ReplyDelete
  2. orang Malaysia hidup memang penuh flavor. mana maunya yg tawar tawar ni..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itu lah. Memang tawar. Saya rasa anak buah pun tak nak makan.

      Delete
  3. Hehe agaknya. Sebab itu di meja makan kedai makan sana wajib letak garam dan lada hitam untuk makan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kann. Untuk mereka yang sensitif pada rasa, memang akan tambah perasa tambahan.

      Delete
  4. Owh.. ada eh versi ini.. Macam menarik untuk dicuba.. hehehe

    ReplyDelete
  5. ingatkan versi Australia perasa marmite. hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau made in Australia, rasanya ada akan jugak perasa tu. 🤭

      Delete
  6. 1 pek besar, ada 8 pek kecil. RM2.99 sebungkus. Murah juga kan ..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kann. Murah. Tapi itu lah. Rasa lepas ni tak beli dah. 😅

      Delete