Nokia Audio Official Shop dah ada kat Shopee Malaysia!


Berpinar-pinar mata aku bila scroll page kedai Nokia ni. Tak sangka setelah sekian lama menanti, akhirnya Nokia bawak masuk jugak aksesori berkaitan audio dalam Malaysia. Seriously tak sangka. Bukan apa, smarphone yang Nokia bawak masuk pun suam-suam kuku. Nokia jarang nak bawak masuk phone flagship aka phone bespesifikasi tinggi. Selalunya yang masuk phone basic sampai upper mid-range.

Jadi, bila Nokia mula jual earphone dan headphone, memang teruja sangat. Aku yakin mana-mana peminat Nokia akan terpegun tengok senarai aksesori audio yang ditawarkan.




Kalau tengok dalam kedai tu, earphone atau TWS (True Wireless Earphone) paling murah harga RM155. Murah ke mahal? Kalau compare dengan brand mampu milik yang lain, memang terasa mahal sangat. Tapi kalau sesiapa yang memang dah kenal Nokia yang jaga kualiti dan class, memang tak heran dengan harga macam tu.


Aku suka tengok siri TWS E3100. Setakat ni ada 4 pilihan warna yang dijual iaitu hitam, biru/pink, merah dan biru. Oren/hijau aku tak pasti ada ke tak. Tapi serius sangat colourful dan striking. Teringat pulak zaman Lumia dulu-dulu. Aku pernah pakai Nokia Lumia. Warna merah. Siap ada earphone warna merah jugak.

Kenangan bersama Nokia Lumia merah.

Tak boleh nak beli sekarang. Belum mampu lagi pakai earphone mahal-mahal macam ni. Lagipun sekarang aku dah ada TWS dari jenama Edifier. Tu pun tersangat jarang pakai sebab aku lagi selesa pakai earphone berwayar. Walaupun berselirat tapi masih lagi berguna dan tak perlu cas pun untuk guna macam TWS.

Post a Comment

10 Comments

  1. Barangan nokia pernah pakai handphone 3315 upgrade sikit dari 3310 tu. Bagus jugaklah nokia sekarang dah berdaya saing.

    ReplyDelete
  2. Nampak comel design serta gabungan warna earphone tu .rasa macam nak shopping juga la

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itu lah. Gabungan warna tu yang rare. Brand lain belum buat lagi.

      Delete
  3. teringat zaman memula pakai nokia. tahun 1999 kot kalau tak silap.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Lama tu. Tapi memang jadi trend remaja waktu awal 2000. Rata-rata pakai Nokia. Cuma masuk tahun 2010, Samsung mula mendominasi. 🤭

      Delete
  4. Warna dia comel betul.. berkenan tengok.. Tapi saya pun sama, lebih suka pakai yang ada wayar..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kann. Berwayar tetap jadi pilihan. Sebab lagi selesa. Tak risau tercabut jatuh dsb.

      Delete
  5. Dah ada kemajuan dah Nokia sekarang. Boleh check it out nanti

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nokia kena bangkit. Kalau tak mampu dominasi bidang smartphone, kena fokus bidang macam audio ni dulu. Build customer trust gitu.

      Delete