Pertama sekali, aku blur kejap. Ejaan brand ni tak sama macam dulu. Dulu Mi, sekarang Mie. Kenapa? Aku tak tahu. Company buat rebranding atau sebab lain? Kedua, Mie Sedaap ni company Indonesia kan? Pehal pulak ada perisa laksa Singapore dan dijual kat Malaysia? Confius jap aku.
Tapi tak kisah pun. Asal sedap. Singapore Spicy Laksa ni perisa baru. Aku beli kat pasar raya. Masa ada promo. RM4.29 satu pek besar. Ada 5 ketul pek kecil dalam tu.
Laksa Singapore aku tak pernah makan lagi setakat ni. Entah macam mana rasanya pun aku tak tahu. Laksa Penang atau laksa Kelantan/Terengganu tu selalu makan. Memandangkan aku tak pernah merasa laksa Singapore, aku pun beli lah pek baru ni.
Sedap? Bagi aku, memang sedap. Perisa yang cukup balance. Ada rasa masam dan pedas. Tapi takde lah pedas berapi. Pedas manja macam makan laksa tambah sambal lada. Rasa sangat kaya dengan perisa yang ada dalam tu.
Mi pun memang tebal dan kenyal. Puas hati makan. Kali pertama makan, aku siap masukkan telur rebus dan beberapa ketul sayur. Kali kedua, aku tak campur apa-apa. Masih sedap walaupun makan kosong macam tu.
8 Comments
Boleh cuba ini. Hehe agaknya pengalaman seperti makan laksa Singapura sebenar.
ReplyDeleteMungkin. Yang pasti memang sedap.
DeleteSelalu makan me maggie aje
ReplyDeleteLepas ni bolehlah cuba me sedap pula
Betul. Cuba kelainan.
Deletetengok gambar pun boleh nampak mi tu tebal. Berbaloi jugak eh beli sebab makan kosong pun sedap
ReplyDeleteMemang. Makan kosong pun rasa cukup berperisa. Tak cair macam megi lain.
DeleteWahh nampak lazat . Gabungan rasa pedas dan macam .. Tiba2 terliur lah
ReplyDeleteKena cuba. Memang sedap.
Delete