Pengalaman parcel Shopee sangkut kat stesen U10 sorting centre.


Alkisahnya aku ada beli buku kat Shopee. Buku klasik gitu yang payah nak jumpa kat kedai sekarang ni. Gigih cari dalam Shopee dan poof! Jumpa buku yang aku nak. Jadi, aku pun beli lah dengan yakinnya.

Aku order dari 29 Disember 2021. Seller pos esoknya dan tunggu punya tunggu, barang aku tak sampai lagi 7 Januari 2022. Lain macam lama delivery. Tengok-tengok, sangkut kat U10 dari 1 Januari lagi. Seminggu sangkut. Lepas tu takde jejak.

Apa kena buat?


Aku pun call Shopee customer service 03-27779222 dan ikut lah arahan operator atau mesin yang akan bawak ke person in charge. Aku inform dia yang barang aku sangkut kat U10. Entah kat mana U10 tu pun aku tak tahu. Mungkin pusat utama barang dikumpul sebelum diagihkan ke serata negeri terlibat.

Staff tu mintak tracking number untuk check dalam sistem. Katanya barang aku tu berkemungkinan sangkut kat U10 atau stesen kat negeri aku ni tak update dalam sistem. Apo? Solusinya, staff tu cakap dia akan buat satu surat untuk diberikan kepada stesen yang terlibat supaya cepatkan penghantaran barang aku tu.


Dan petang semalam, 8 Januari, barang aku sampai. Lega. Dalam keadaan baik. Aku pasti kalau aku tak call Shopee, barang aku mungkin tak sampai-sampai lagi. Misteri sebab apa sangkut masih belum terjawab. Banjir? Tak. Staff Shopee cakap takde kes lagi setakat ni. Mungkin hanya terlepas pandang.

Post a Comment

28 Comments

  1. Alamak bahaya juga. Ingat sangkut sebab kawasan banjir.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mulanya ingat banjir jugak. Tapi staff tu cakap bukan pulak.

      Delete
  2. Saya punya parcel pun sangkut kat u10 jugak. 6 hari hampir seminggu jugak dok situ. Mungkin sebab banjir dorang hold. Harini baru dapat notification parcel out for delivery. harap sampai dengan selamat. Bagus jugak tindakan BK call customer service tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kes risau sebab tak pernah jadi macam ni. Stuck kat tempat sama. Beberapa barang jadi macam ni jugak.

      Delete
  3. Baru2 ni barang ccl pun sangkut juga . , xpasti barang tu dtg dri courier mana ..hampir sebulan lebih ..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya kalau seminggu tak sampai, memang saya call. Risau diorang terlepas pandang. Lagi-lagi barang nipis atau kecil.

      Delete
  4. Tercicir agaknya.. Lama betul baru dia bergerak.. Tu pun sebab telefon.. Kalau tak, agaknya belum sampai lagi kot..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itu lah. Sebab risau lama sangat. Nasib baik dapat jugak walaupun lama makan masa.

      Delete
  5. Memang rare buku tu. Nasib baik sampai

    ReplyDelete
  6. Barang saya hilang kat Simpang Ampat hub.
    Pada mulanya dia kata rerouting kemudian lepas 2 minggu, saya terima notis mengatakan barang saya tidak dapat dikesan.
    Lepas tu dia suruh saya bagi excellent thumbs-up untuk layanan yang bagus kononnya🤣

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hilang tu lah yang sakit. Dah tunggu lama. Tengok-tengok, barang hilang tanpa jejak.

      Dalam kes ni, bagi saya, tak perlu thumbs up pun. Sebab bad experience kata orang. 😆

      Delete
  7. barang saya dah 16 hari sangkut kat u10, buat report kat pihak shopee dah 12 kali, last sampai hari ni xsampai2

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kena claim dengan Shopee. Part ni melibatkan kurier. Kalau kurier hilangkan barang customer/seller, akan dapat semula refund.

      Tapi yang tak best bila itu lah stok last yang ada. 😌

      Delete
  8. Kena call siapa klau brg sangkut di u10 sorting centre?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Customer service. Guna nombor phone yang saya bagi kat dalam entri.

      Delete
  9. Selalunya berapa lama ya kalau order barang dia akan didik di u10 sorting center?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Selalunya barang yang saya order, bila dah sampai U10, dalam masa dua hari akan sampai rumah. Bergantung kepada negeri masing-masing jugak.

      Delete
  10. Assalamualaikum. Bagi saya pengalaman parcel sangkut kat U10 sorting centre ni perkara biasa apabila selalu beli barang di shopee dan kalau seller mengunakan shopee express. Tapi bukan selalu ye 😉. Ye, pada hari ni 1 Mar 2022 barang saya ada sangkut di U10 sorting centre, order pada 25 Feb 2022. Kalau barang masih di U10 sorting centre pada tarikh yang ditetapkan untuk penghantaran, pergi ke profile di shopee, chat with shopee dan teka
    chat with live agent. Pihak shopee sendiri akan uruskan parcel kita yang sangkut.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih atas perkongsian. Saya terus call sebab lagi cepat diorang selesaikan isu ni.

      Delete
  11. Aku tak recommend kan sangat shopee express ni. Mcam tak secure je barang, risau. Yg buat geram lagi tempat dekat je boleh pulak ambil masa lebih 5 hari. Nak pindahkan barang dri sorting centre ke tempat sorting centre lain pulak ambik masa satu hari. Geram aku.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pernah jadi kat saya. Bab delivery ni bergantung kepada waktu jugak. Kalau time event, akan lambat sebab ramai yang shopping.

      Mungkin salah satu sebab, diorang terlepas pandang. Kalau barang kecil, senang berlaku macam ni.

      Delete
  12. Kalau lama Tapi Sampai takpe jugak. kalau aku tunggu lama lebih seminggu tapi tiada2 apa update Last2 shopee kasi notis refund duit sebab item hilang dari gudang������

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hilang dari gudang memang tak best. Kalau tu barang last stock, lagi sakit. 😌

      Delete
  13. Tak banjir pun stuck jugak, klu mcm ni sebelum beli kena tanya seller pakai courier apa sbb order hari yg sama sorang seller pakai JNT sorang pakai ShopeeEX yg JNT sampai dulu dari Kedah yg KL dh 4 ari….

    ReplyDelete
    Replies
    1. Better macam tu lah. Senang sikit guna kurier yang sama.

      Delete
  14. Kesan dari Covid-19 belum pulih lagi kot

    ReplyDelete