Perisa Laksa Kari Mamee Chef baru. Sedap ke?


Jarang sekali aku makan mi segera versi Mamee Chef. Tersangat jarang. Kesnya harga megi ni lagi mahal berbanding megi-megi lain. Dulu seingat aku kat paket ada gambar Chef Ismail. Sekarang dah takde. Dah tamat kontrak ke?

Mamee Chef memang terkenal dengan variasi perisa masakan yang boleh buatkan air liur meleleh. Setakat ni ada 4 perisa iaitu:
  • Ayam Pedas Shiitake
  • Laksa Kari
  • Lontong
  • Tom Yam Thai

Aku pernah makan perisa laksa kari dan lontong je. Perisa lain memang tak cuba. Teringin jugak nak cuba perisa ayam pedas shiitake tu.


Jenis mi yang digunakan pun tak sama dengan kebanyakan mi segera lain. Mi Mamee Chef ni lebih leper dan besar sikit. Laksa Kari ni boleh tahan sedapnya. Boleh rasa aroma kari dan santan yang kuat. Tak perlu masak dalam periuk atau kuali. Boleh terus tuang air panas sebab memang dah cukup rasa. Tak perlu lagi masak sampai pecah minyak dsb. Lain lah kalau nak bagi meriah. Letak ayam ke sayur ke.

Rasanya lepas ni boleh repeat order. Harga RM5.85 untuk satu pek besar yang ada 4 ketul megi. Macam lebih murah berbanding dulu. Entah. Tapi berbaloi jugak beli.

Post a Comment

6 Comments

  1. Rasanya tak pernah lagi cuba any mamee chef. patutlah pun kurang jadi pilihan sebab mahal. Tapi mi tu lain nampak sedap. Ada keunikannya juga. Sesekali bolehlah cuba kan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Agak mahal dari yang lain. Tapi berbaloi jugak. Sebab kick betul rasanya.

      Delete
  2. Sha memang selalu beli Mamee Chef ini.. Paling sedap Ayam Shitake dan Laksa kari ini.. Tomyam dengan lontong tu pun sedap juga..
    Tapikan yang paket baru ini dah tak ada condiment macam sebelum ini..
    Kalau laksa kari ada tahu kering..
    Ayam shitake ada cendawan..
    Tomyam ada udang..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ayam shiitake tu nak kena cuba jugak. Terliur tengok gambar kat paket.

      Delete