Stesen radio baru Molek FM untuk Pantai Timur.


Ketiadaan Hot FM (Kelantan) dan Buletin FM (Terengganu) diganti dengan kemunculan stesen radio baru iaitu Molek FM. Bermula 2 Januari 2022, pendengar pantai Timur boleh mula dengar stesen baru yang menggunakan slogan Gu Pantai Timur ni. Tapi tak silap aku, aku dah dengar dari 1 Januari lagi. Sebab percubaan dua bulan bermula 29 November lagi. Kalau takde radio, nak dengar online boleh je.

Link: Molek FM

Katanya, Molek FM fokus pendengar 24 hingga 34 tahun. Boleh agak kan lagu yang macam mana bakal ke udara? Harus lah lagu-lagu 80-an, 90-an dan awal 2000. Kalau tengok dari Wikipedia, ada jugak lagu hit Melayu, Hindi, Indonesia, Inggeris dan Thai.

Frekuensi Kawasan siaran Tapak pemancar
93.6 MHz Kuala Terengganu, Terengganu Bukit Besar
105.1 MHz Kota Bharu, Kelantan Peringat

Belum ada DJ dan slot khas lagi setakat ni dan beberapa hari aku dengar, lagu-lagu yang ke udara cukup seimbang. Ada lagu lama dan baru plus pelbagai genre dan bahasa. Maksudnya, Molek FM ni tak hanya mainkan lagu-lagu bersifat ketimuran macam sesetengah stesen radio lain yang duk ulang lagu-lagu lama sampai lagu baru pun sangat jarang boleh dengar.

Sebenarnya, sekarang ni aku jarang dengar radio. Last dengar betul-betul pun masa zaman Linda Onn kat Kool FM. Sebelum kontrak dia tamat kat situ. Dan masa zaman belajar dulu, selalu jugak dengar radio kat phone. Tu pun sebab ada slot tertentu macam slot bual bicara, belajar bahasa asing dan slot pagi. Bila ada stesen baru, curious nak tahu apa slot yang diorang akan buat. Boleh challenge stesen lain? Harapnya mampu bertahan lama dan jadi salah satu stesen radio yang berkualiti tinggi.

Post a Comment

14 Comments

  1. Saya jarang dengar radio.. Nak-nak radio kat kereta pun dah rosak.. Hahaha.. Sampai sekarang tak repair lagi..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya waktu masak kat dapur je selalu bukak radio. Lepas tu memang tak bukak dah.

      Delete
  2. Replies
    1. Sama lah. Jarang jugak. Dengar pun slot-slot tertentu je.

      Delete
  3. Mmg buka la radio masa memandu. Kalau di rumah dgr radio on9 je sambil melayari internet.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bagus. Dapat tahu info semasa sambil buat kerja.

      Delete
  4. cantik logo tulisan molek tu, tahniah org pantai timur ada radio stesen baru

    ReplyDelete
  5. DJ radio sekarang dah tak macam dulu.. Huhuhu.. Saya kalau dengar Nasional fm je tu pun masa memandu.. Kalau tak memang layan youtube music lah.. Boleh layan ini nanti..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul. Ada sesetengah DJ yang suka gelak takde point. Tu yang kureng sikit nak layan radio.

      Delete
  6. alamak..dah lepas had umur. golongan muda sekarang dengar radio ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ada. Cuma mungkin tak sebanyak dulu. Zaman Spotify, TikTok dah menguasai. 😆

      Delete