Beli rumah impian? Macam mana nak buat kira-kira?


Umum tahu, kalau kita nak beli rumah, harus lah kena buat permohonan melalui bank kan? Kecuali golongan kayangan yang dah warisi rumah impian dari nenek moyang atau mak ayah.

Kat Malaysia dikenali sebagai pinjaman perumahan atau pinjaman gadai janji. Pernah main Saidina tak? Yang beli tanah, rumah dan hotel tu? Untuk buat pinjaman perumahan, langkah asasnya macam tu jugak iaitu melalui pihak bank.


Kenapa bank? Nak beli rumah bukan murah. Nak beli cash atau guna duit sendiri? Tak semua mampu. Jadi, solusinya kena lah pinjam dari bank dulu.

Kalau cukup syarat, tak rugi beli rumah. Terutamanya di usia muda. Sebab harga rumah tak macam kereta yang makin turun. Harga rumah makin naik seiring masa.


Aku tertarik tengok pengiraan pinjaman perumahan dari satu website UK ni. Sekali tengok, pening jugak kepala. Maklum lah. Tak pernah alami lagi proses beli rumah ni.


Kalau tengok dalam kalkulator tu, ada mention harga rumah, bilangan tahun sampai lah total harga kena bayar termasuk bunga. Mudah betul kalau ada pengiraan macam ni. Senang nak tahu setiap pengiraan tu.


Bila tengok kira-kira ni, makin bersemangat pulak nak ada rumah sendiri di usia muda. Nanti bila dah berkeluarga, tak perlu lah nak sewa kan? Itu lah. Kalau mampu, tak salah pun. Sebab rumah ni yang akan jadi aset atau harta kita suatu hari nanti.

Post a Comment

2 Comments

  1. thanks for sharing. semoga tercapai hasrat nak memiliki rumah sendiri

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sama-sama. InsyaAllah ada masa dan rezeki. 😄

      Delete