Saja nak cuba buat bila tengok kat medsos ramai yang show-off skill masing-masing. Terliur. Nak tahu jugak cucur roti ni apa bezanya dengan cucur biasa? Setahu aku roti pun asalnya dari gandum kan? Lain ke dengan cucur biasa?
Bermula lah eksperimen kat dapur. Roti minggu lepas ada lagi. Dah nak expired. Bahan-bahan lain tak banyak tapi boleh lah guna. Asal ada.
Bahan-bahan
- 4 keping roti hiris
- 1 cawan tepung gandum
- 2 sb tepung jagung
- 1 biji lada merah besar (dipotong dadu)
- Segenggam ikan bilis
- 4 helai daun sawi (dihiris nipis)
- 1 biji telur ayam
- 1 sb stok ayam
- Air masak secukupnya
- Minyak masak secukupnya
Langkah-langkah
- Carik roti dalam mangkuk besar dan masukkan sedikit air masak. Biar beberapa minit supaya roti lembut.
- Tambah semua bahan (kecuali minyak masak) ke dalam mangkuk tu.
- Gaul supaya adunan sebati. Kalau terlalu keras, tambah air masak.
- Jemput adunan dan masukkan dalam minyak panas. Goreng sampai garing.
- Siap.
Sedap ke cucur roti ni? Ya. Memang rangup di luar dan lembut di dalam. Kelembutan isinya tu terserlah. Bila makan panas-panas, memang terasa cair dalam lidah.
Aku boleh katakan inovasi kali ni agak menjadi. Untuk orang yang tak berapa suka cucur biasa, mungkin boleh cuba makan cucur roti ni. Bahan tambahan hanya roti (kuantiti gandum yang dikurangkan). Aku tambah sawi sebab daun kucai atau daun bawang takde. Nak tambah sayur lain macam carrot atau bawang pun boleh. Ikut cita rasa masing-masing.
10 Comments
viral ye..tkpernh nmpk lg cucur roti..menarik nmpknya
ReplyDeleteDah lama. Tapi baru berkesempatan nak buat. 😅
DeleteDah lama viral tapi tak buat buat juga. Hehe..
ReplyDeleteKann. Ada masa boleh buat. 👍
Deleterupa dia pun menggamit nafsu makan sungguh
ReplyDeleteBetul. Makan panas-panas memang syok.
DeleteNampak sedap. Menarik jugak ni kalau ada banyak roti lebih nak expired. Thanks share
ReplyDeleteSama-sama. Dapat cuba kelainan. 😁
DeleteSedap ni cucur roti. Rangup diluar lembut didalam. Makan panas panas cicah sos memang mabeles lah.
ReplyDeleteKann. Satu pinggan kejap je licin.
Delete