Update: TV2 tayang semula drama ni setiap Sabtu dan Ahad bermula 17 Disember 2023 jam 6.00 petang.
Antara drama Melayu yang aku kategorikan sebagai best dan tak cliché. Bukan drama kehidupan golongan kayangan, bukan jugak drama merapu-rapu dengan jalan cerita yang berselirat.
Tajuk: Aksara Kasih Ayah
Jumlah episod: 13
Genre: Drama, kekeluargaan
Bahasa asal: Bahasa Malaysia
Tarikh tayangan: 1 Januari 2022 - 12 Februari 2022
Waktu: Sabtu dan Ahad, 5.30 petang
Siaran TV: TV2
Pelakon: Zamarul Hisham, Izreen Azminda, Saufi Qahhar, Wafiy Ilhan, Awang Hamyzan, Suriati Baharom, Mahsuri Jesuli
Aksara Kasih Ayah ni aku tertengok episod akhir hari Sabtu lepas kat TV2. Dulu pernah tayang kat TV Okey. Lagu opening dan ending pun menarik. Kena dengan jalan cerita.
Sinopsis
Tunjang utama cerita ni berpaksikan pada 3 tema iaitu:
- Kasih sayang seorang ibu yang cekal menjaga dan menyayangi anak angkat.
- Ketaatan seorang anak yang menagih kasih dan sayang dari ayah angkatnya.
- Seorang ayah yang cuba memberikan kasih sayang kepada anak angkatnya dengan cara yang tersendiri.
Kisah Hilmi, seorang budak lelaki 10 tahun yang dijadikan anak angkat oleh pasangan suami isteri, Badrul dan Aminah. Tatkala Aminah amat menyayangi dan mencintai Hilmi sepenuh hati, Badrul pulak seolah-olah tidak dapat terima kehadiran Hilmi dalam keluarganya.
Ulasanspoiler alert
Kehadiran Hilmi kurang disenangi Badrul. Badrul sangka yang anak angkatnya, Hilmi akan membebankan isterinya yang menghidap kanser. Secara langsung, hubungan Badrul dengan Hilmi jadi tak rapat.
Cerita ni ada beberapa fasa. Dan pelakon yang bawak watak Hilmi pun bersilih ganti. Satu masa umur 10 tahun, satu masa umur 15 tahun dan satu lagi masa SPM (17 tahun).
Dari sekolah rendah sampai lah sekolah menengah, hubungan Badrul dengan Hilmi sangat tak akrab. Walaupun Badrul tetap sayang Hilmi macam anak sendiri tapi sikap ego dia memang tak boleh bawak bincang. Nasib baik Hilmi ni jenis budak baik. Tak memberontak atau melawan cakap ayah dia.
Bila Aminah meninggal dunia disebabkan kanser, Badrul salahkan Hilmi atas kematian Aminah. Katanya, kesihatan Aminah makin teruk disebabkan penat jaga Hilmi.
Nak dijadikan cerita, tak lama lepas tu, Badrul kena strok dan masuk hospital. Disebabkan sayang dan permintaan Aminah yang mintak Hilmi jaga ayah angkat dia tu, Hilmi buat keputusan untuk balik belajar ke sekolah lama dia kat kampung walapun SPM dah makin dekat.
Lama-kelamaan, kesihatan Badrul semakin baik dan lepas jiran dia, Mak Mon datang ke rumah dan ceritakan pengorbanan Hilmi yang sanggup jaga Badrul yang sakit, Badrul pun mula sedar. Sedar yang walaupun kasih sayang tak perlu ditunjukkan, tapi ada kalanya ia perlu jugak ditunjukkan.
Jangan buat tak elok kat anak yatim
Salah satu pengajaran yang ada dalam cerita ni. Hilmi ni anak yatim dan mungkin yatim piatu. Badrul marah dan geram kat Hilmi yang disangkanya penyebab Aminah meninggal dunia.
Satu hari, disebabkan marah, Badrul cuba bagi smash Rashid kat pipi Hilmi. Kuasa Tuhan, Badrul terus kena strok. Jangan memain dengan anak yatim tau!
Strok yang Badrul alami, baru dapat buka mata dia terhadap Hilmi. Sebelum ni Aminah yang sakit kanser selalu dibantu Hilmi sepenuh hati. Kali ni, bila Badrul pulak yang sakit, baru lah dia tahu kebaikan dan pengorbanan anak angkatnya tu menyayangi dia dan Aminah sepenuh hati.
Drama ni ada 13 episod. Bagi aku, setiap episod dihasilkan dengan sangat teliti dan penuh emosi. Walaupun air mata aku tak bergenang tapi perasaan sebak kat dada tu sangat terasa.
Badrul yang overreact
Aku tak berkenan dengan perangai Badrul dalam cerita ni. Aku faham yang dia sayang sangat kat anak angkat dia dan dia tak tahu macam mana nak tunjuk kasih sayang dia dengan cara yang betul. Tapi tak perlu sampai rotan dan lempang anak dia hanya sebab masalah kecil.
Kali pertama Hilmi dilempang dan dirotan masa tingkatan 3. Tu pun sebab Badrul salahkan Hilmi penyebab Aminah sakit hari tu. Kedua masa tingkatan 4. Aminah sakit masa Hilmi kat luar rumah tengah study. Tak pepasal Badrul marahkan Hilmi tak tolong jaga Aminah. Dan ke-3, lepas dapat result exam awal tahun tingkatan 4. Badrul marahkan Hilmi sebab result Hilmi sangat teruk dan jatuh merudum.
Hilmi waktu tu tak boleh fokus jawab exam sebab dia tahu yang mak dia sakit tapi semua orang cuba rahsiakan sakit mak dia tu. Macam tak adil bila Badrul salahkan dan marahkan Hilmi atas alasan-alasan macam ni.
Original Soundtrack (OST)
Tajuk: Sempurna & Terbaik
Penyanyi: Lah Ahmad
8 Comments
Tak tengok tapi baca review pun ada satu rasa yang lain dihati ni.
ReplyDeleteAntara drama Melayu yang berbaloi luang masa tengok. 😄
DeleteBanyak pengajaran drama ni, Suka pelakon zamarul bawa watak apa pun,confirm menjadi
ReplyDeleteKann. Dia jarang nak nampak kat TV sekarang tapi kalau ada, ngam je watak.
DeleteRasa drama ni pernah tayang di bulan puasa. Suka tengok drama Melayu yang tak cliche
ReplyDeleteDrama ni memang persis novel komsas. Tengok ulang kali pun tak bosan.
DeleteMenarik kisahnya. Tak tengok lagi drama ni. Suka Zamarul Hisyam berlakon.
ReplyDeleteAda masa nanti boleh tengok online. 👍
Delete