Masak nasi goreng cili kering mudah.


Resepi turun-temurun. Selalu makan masa kecik-kecik. Especially sarapan sebelum ke sekolah. Menu dan resepi yang mudah plus jimat masa.

Kalau versi original, tak perlu letak apa-apa isi ayam atau ikan. Tapi kalau nak best, isi ikan atau ikan bilis paling sesuai. Tapi jangan taruk sardin. Nanti jadi nasi goreng sardin pulak.

Bahan-bahan

  • Segenggam cili kering (dikisar)
  • 2 biji bawang merah (dikisar)
  • 2 ulas bawang putih (dikisar)
  • Sedikit isi ikan
  • 3 biji cili padi
  • 1 mangkuk nasi putih
  • Garam secukup rasa
  • Minyak masak secukupnya

Langkah-langkah

  1. Tumis bahan kisar hingga masak.
  2. Masukkan nasi putih dan gaul.
  3. Masukkan isi ikan dan cili padi yang dipotong.
  4. Masukkan garam dan kacau sampai sebati.
  5. Siap.


Rasanya dalam 10 minit dah boleh siap nasi goreng ni. Aku buat jenis kering. Kalau nak basah sikit, boleh taruk lebih minyak masa tumis cili kering. Nak letak MSG pun boleh. Ikut cita rasa. Yang penting sedap dan kena dengan tekak masing-masing. Selamat mencuba!

Post a Comment

8 Comments

  1. Nasi gorengnya cantik, dilengkapi dengan sambal dan keropok. Memang menggamit selera sungguh!

    ReplyDelete
  2. Baru buat pagi semalam...tapi tu la..dah lapar x teringat nak amik gambar....hehehe...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Next time kena snap walaupun perut tak tahan. Buat kenangan. 😄

      Delete
  3. Sedap! Biasa jugak buat nasi goreng cili kering. Ehhh..haritu kita ada gak buat nasi goreng sardin cili kering. hihi..sedap jugak :)

    ReplyDelete