Kali pertama aku baca novel Bahasa Indonesia. Novel ni diadaptasi ke layar perak dengan tajuk yang sama: Toba Dreams. Jarang sekali aku layan filem dari seberang. Tak silap last aku tengok filem Indonesia masa tahun 2017. Filem Surga Yang Tak Dirindukan 2. Siap layan kat pawagam lagi.
Toba Dreams (novel) ni kisah pasal Sarjan TB Silalahi aka Tebe yang kembali semula ke kampung tempat dia membesar lepas pencen askar. Tatkala dia betul-betul menghayati dunia patriotik, anak dia, Ronggur, pilih jalan yang salah.
1. Anak lelaki yang memberontak.
Ronggur ni anak sulung dalam keluarga. Anak-anak Tebe ada 3 orang dan semuanya membesar kat kota Jakarta. Bila Tebe pencen dan rancang nak balik kampung, Ronggur sangat tak setuju sebab kehidupan dia kat bandar, bukan kat kampung.
2. Penambahbaikan kampung halaman.
Lepas kena paksa, semua anak-anak Tebe balik kampung. Kampung tu kat pedalaman. Tepi tasik yang diberi nama Tasik Toba. Keindahan Tasik Toba suatu ketika dulu hilang dek pencemaran dan perangai orang kampung yang tak tahu nak jaga persekitaran.
Menggunakan sedikit ilmu yang Tebe ada masa jadi tentera, dia pun bersama-sama orang kampung bersihkan dan wujudkan suasana yang lebih baik kat kampung tu. Sampaikan dia dipelawa untuk jadi ketua kampung tapi ditolak sebab tak nak pikul bebanan di waktu pencen.
3. Percintaan antara dua darjat.
Ronggur bercinta dengan Andini, anak orang have-have masa kat Jakarta. Disebabkan terlalu sayangkan dan janji untuk kembali jumpa Andini, Ronggur lari dari rumah. Tapi percintaan dia dengan Andini dihalang oleh mak ayah Andini. Walaupun Ronggur anak askar tapi sikap Ronggur yang malas belajar, sambil lewa dan takde perancangan hidup buatkan dia tak diterima keluarga Andini.
4. Ayah yang sayangkan anak tapi tak tahu cara meluahkan.
Tebe sangat sayangkan Ronggur tapi silapnya, dia tak tahu cara nak luah kasih sayang. Sebab tu Ronggur selalu anggap ayah dia berat sebelah. Lebih sayangkan adik-adik dia.
5. Salah pilih jalan sebab nak kaya.
Ronggur yang kembali semula ke Jakarta lepas beberapa bulan kat kampung, terkejut dengan kehadiran bekas kawan baik dia, Irwan yang rapat dengan Andini. Irwan ni kiranya orang berjaya dan baru balik dari luar negara.
Ronggur mula pilih jalan salah lepas dihina oleh ayah Andini. Untuk buktikan dia mampu jadi kaya, Ronggur mula buat projek edar dadah tanpa fikir kesan buruk yang akan berlaku.
6. Konflik antara dua kepercayaan.
Andini ni Muslim. Ronggur Kristian. Ni salah satu sebab mak ayah Andini tak benarkan anak dia kahwin dengan Ronggur. Tapi Andini berkeras jugak kahwin dengan Ronggur. Bila dah kahwin, keadaan jadi kacau sebab Ronggur ni bukan jenis yang alim. Bila diorang dapat anak, Andini mula ajar anak dia pasal Islam.
Keluarga Ronggur pun Kristian. Waktu balik ke kampung Ronggur, keadaan agak janggal sebab perbezaan ajaran agama. Tapi nasib baik keluarga Ronggur faham dan benarkan Andini dan anak dia amalkan ajaran Islam.
7. Kasih sayang seorang ayah yang tak berbelah bagi.
Bila dah kaya, Ronggur mula berhenti dari edar dadah. Duit yang dia ada, dia mulakan bisnes baru yang halal. Tapi bos dia yang dulu tu tak puas hati dan rancang nak bunuh Ronggur. Ronggur yang tahu rancangan bos dia, terus bunuh bos dia dan anak-anak buah yang lain.
Kes jadi besar. Berita pembunuhan masuk dalam surat khabar dan TV. Polis mulakan operasi untuk tangkap Ronggur. Ronggur larikan diri ke kampung ayah dia. Masa kat dalam pondok tempat persembunyian dia tepi Tasik Toba, ayah dia datang merayu supaya Ronggur serah diri. Bila Ronggur mula mengalah dan nak serahkan diri, dia ditembak. Bukan polis tapi salah sorang konco bos dia dulu yang tembak.
Kematian Ronggur betul-betul mengejutkan semua orang kampung dan kawan-kawan dia. Paling sadis, Tebe lah yang sangat terkesan atas kematian anak lelaki sulung dia tu.
Ulasanspoiler alert
Jujurnya aku tak faham 100% ayat-ayat dalam novel ni. Kalau ada perkataan yang aku tak faham, aku akan guna Google Translate. Tapi feel baca novel ni tetap ada.
Part ending tu sangat aku tak jangka. Hero mati. Aku ingatkan Ronggur masuk penjara dan insaf. Tersentak pulak bila baca bab akhir tu.
Cerita ni mudah je nak faham. Kisah pasal ayah yang nakkan anak dia berjaya dalam hidup. Bukan kaya yang jadi tanda aras tapi kebaikan yang sepatutnya dicipta. Aku quote kata-kata dari Tebe kepada Ronggur:
Keberhasilan bukan karena kamu bisa jadi orang kaya, tapi karena kamu bisa jadi orang baik.
Novel ni ada dua. Satu cover biru dan satu lagi cover kuning. Bukan novel bersiri tau. Tapi cover biru tu cetakan pertama. Disebabkan ada beberapa error dalam tu, maka novel cover kuning dihasilkan.
Lepas habis baca novel, aku terus layan filem. Ada dalam Youtube. Bagi aku, boleh tahan jugak. Cuma ada beberapa pelakon yang agak janggal. Contohnya Irwan. Masa baca novel, aku expect Irwan ni lelaki yang kacak bergaya sampaikan jadi pilihan mak ayah Andini. Tapi dalam filem lain jadinya.
Toba Dreams ni bukan kaleng-kaleng. Siap ada student yang buat research pasal ni. Kalau cari dalam Internet, ada beberapa kajian yang diorang buat.
Filem ni tayang tahun 2015 kat Indonesia. Setahu aku, filem ni tak pernah masuk Malaysia. Kat sana, filem ni menang satu anugerah dalam Festival Film Indonesia 2015 iaitu Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik (Mathias Muchus).
Aku bagi 10 bintang untuk novel dan 9 bintang untuk filem. Aku lebih prefer baca novel sebab dapat rasai secara detail dan mendalam kisah yang nak disampaikan penulis. Filem bagi aku, boleh tahan. Cuma aku expect Ronggur dalam filem lebih ganas dan liar tapi baik hati.
Toba Dreams 2
Entah wujud ke tak. Tapi aku nak sangat kalau ada kesinambungan cerita ni. What if kalau Ronggur sebenarnya masih hidup? Disebabkan nak tangkap konco bos dia yang cuba bunuh dia, Ronggur terpaksa berlakon mati. Tapi itu lah. Macam takkan ada sambungan. Bagi aku, cerita ni dah cukup menarik walaupun ending yang unexpected.
2 Comments
ala..nape bagi spoiler
ReplyDeleteKan dah remark tu. 🤭
Delete