Review filem Tamil: Maanaadu (2021).


Jarang sekali aku layan filem Tamil. Kalau ada pun, mesti cerita yang best. Sama ada dari segi plot atau pelakon. Last aku tengok masa tahun 2020. Tak ingat dah tajuk apa. Tayang kat TV2 waktu malam.

Kali ni tertarik pulak untuk aku tengok filem yang baru keluar tahun lepas iaitu Maanaadu yang bermaksud Conference atau Persidangan. Cerita ni best sebab ada elemen time travel. Memang tak berkelip mata setiap kali tengok scene. Aku boleh kategorikan filem ni jenis fast-paced movie.

Tajuk: Maanaadu
Genre: Action, adventure, sci-fi, thriller
Bahasa asal: Tamil
Tarikh tayangan: 25 November 2021
Tempat tayangan: India
Pelakon: T.R. Silambarasan, S.J. Suryah, Kalyani Priyadarshan

Sinopsis


Kisah sorang lelaki, Abdul Khaliq yang terperangkap dalam time loop. Setiap kali dia mati atau dibunuh, Khaliq akan kembali semula pada masa lepas. Walaupun kembali ke masa lepas, hanya dia sorang yang mampu ingat segala memori kejadian yang pernah berlaku.

Ulasanspoiler alert


Filem ni sangat menarik. Ada unsur adventure yang buatkan aku tak sabar nak tengok sampai habis. Paling penting, tak bosan sebab takde scene tarian yang tipikal filem Tamil atau Bollywood buat. Tak silap aku, ada satu scene tarian je dalam filem ni. Masa kat majlis (kahwin) kawan perempuan dia.

Kisah bermula bila Khaliq naik kapal terbang untuk ke Coimbatore, India. Dia nak pergi ke majlis kahwin kawan perempuan dia dan rancang nak larikan kawan dia tu dan tolong kawan lelaki dia kahwin lari dengan perempuan tu.


Nasib tak baik, masa perjalanan dalam kereta nak ke pejabat untuk daftar kahwin, diorang terlanggar sorang lelaki yang tak dikenali. Dan muncul lah polis-polis yang Khaliq tak kenal. Bermula dari sini lah segala-galanya berlaku.


Diorang disuruh polis tu untuk ke satu tempat dan Khaliq dipaksa menyamar jadi wartawan untuk bunuh Ketua Menteri yang tengah berucap kat satu tempat persidangan terbuka.


Yang misterinya, dia tak sempat tekan picu pistol pun lagi, Ketua Menteri tu dah mati ditempak kat kepala. Siapa yang tembak? Kenapa dia kena bunuh Ketua Menteri? Siapa polis-polis tadi yang suruh dia menyamar jadi wartawan? Banyak persoalan yang belum terjawab.

Lepas dia cakap kat polis yang dia tak sempat tembak pun, terus sorang polis tembak kepala Khaliq. Dan dia tiba-tiba ada kat dalam kapal terbang awal-awal tadi! Seolah-olah masa berputar kembali.


Masa berulang tapi hanya dia sorang je yang tahu semua kejadian sepanjang masa tu. Kawan-kawan dia dan orang lain tak tahu. Jadi, dengan perasaan ingin tahu, dia pun mula siasat apa yang berlaku. Tapi setiap kali dia kena bunuh, masa kembali lagi pada waktu dia ada dalam kapal terbang.

Lepas beberapa kali mati dan kembali ke masa lepas, dia pun mula faham apa yang berlaku. Sebenarnya ada kaitan dengan kisah silam keluarga dia.


Dari awal sampai akhir, memang tak bosan. Selalunya aku tak faham bila tengok sejam pertama filem Tamil. Banyak bercakap dan plot meleret-leret. Tapi filem Maanaadu ni, scene opening pun dah buatkan aku tertarik dan tertanya-tanya apa yang akan berlaku lepas tu.

Bagi aku, filem ni tak macam filem-filem Tamil yang lain. Walaupun tetap ada scene bertumbuk yang jadi penyedap cerita, tapi bila dicampur elemen time loop atau time travel, filem ni jadi lebih menarik dan excited untuk ditonton.

Post a Comment

4 Comments

  1. menarik jalan ceritanya. sis pun baru tengok drama tema yg sama mengenai time loop..hehe

    ReplyDelete
  2. mama pun lama sgt tak tgk cite tamil. tapi jalan cerita dia menarik juga tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul. Sangat menarik. Setakat saya tengok, takde scene yang bosan. Semua saspens dan menguji kesabaran. 😅

      Delete