Jujurnya, aku tak makan daging lembu. Buka favourite aku. Aku lebih suka makan daging kerbau. Mungkin sebab bagi aku, daging kerbau lebih lembut. Lagi-lagi bila masak gulai. Boleh menambah-nambah.
Daging lembu aku makan je. Masa kecik-kecik dulu. Sekarang bila dah besar, kurang dah makan. Berbalik kepada sambal daging dendeng. Apa tu dendeng? Rasanya bukan dari Malaysia kan? Kalau ikut Wikipedia, dendeng ni maksudnya:
Daging kering yang dihiris tipis dalam masakan Indonesia. Ia diawetkan melalui campuran gula dan rempah dan dikeringkan melalui proses menggoreng.
Setakat aku makan kat kedai, belum pernah lagi aku jumpa sambal daging dendeng. Dan ni lah kali pertama aku makan sambal ni. Sedap ke?
Bagi aku, aku kategorikan sambal daging dendeng ni dalam kumpulan yang sedap. Sebab? Dari segi rasa rempah sampai lah kelembutan daging lembu tu, semuanya sedap. Menjadi. Paling best, rasa pedas sambal tu yang buatkan nafsu makan membuak-buak.
Website: Sumatraa Food
Shopee: Sambal Official Shop
Harga seketul ni RM12. Satu pek ni, aku rasa cukup untuk dua orang makan. Kalau lebih, mungkin tak cukup. Aku makan pun tak puas sebab sedap. Sambal ni tak perlu masak pun. Ready to eat. Macam sardin tu. Nak makan terus boleh. Kalau nak panaskan pun boleh.
4 Comments
nampak gambar macam sedap. terliur pulak tengok. ada gak nampak blogger promote brand ni. saya suka dendeng
ReplyDeleteKena cuba jugak nanti tu. 👍
Deletesesuai ammi beli dan park kat office sbb kat office ni payah betul nak cari kedai makan yg halal...
ReplyDeleteKann. Boleh jadi bekal jugak makan masa lunch.
Delete