Zaman sekarang zaman viral. Semua benda nak tunjuk. Walaupun bukan membesar sebagai generasi TikTok, tapi ada segelintir pendidik yang yang bergiat aktif buat video, upload gambar murid dsb kat medsos. Aku tertanya-tanya, tak wujudkah SOP penggunaan telefon dalam kalangan pendidik terutamanya guru?
Kalau tengok kat medsos, hampir setiap minggu, ada je sesuatu yang nak diviralkan oleh guru. Aku faham. mungkin sesetengah guru berpendapat yang penggunaan telefon untuk merakam aktiviti di dalam kelas dibenarkan, dengan syarat ianya tidak lah sampai menjatuhkan maruah sekolah atau institusi pendidikan tu.
Ada sesetengah sekolah tak benarkan langsung budaya yang bagi aku, kurang sihat macam ni. Cukup lah sekadar merakam kesungguhan, kejayaan dan kegembiraan murid, sebagai contoh, waktu aktiviti sukan ataupun majlis-majlis rasmi yang lain.
Kalau aku jadi parents suatu hari nanti, aku sangat tak bersetuju seandainya ada cikgu yang sesuka hati tempek muka anak-anak aku dalam video atau mana-mana gambar terutamanya dalam aktiviti yang tak formal.
Untuk tujuan apa guru tunjuk dan tayang segala aktiviti PdPC dalam kelas? Untuk buktikan kepada ibu bapa yang dia mengajar anak diorang dengan bersungguh-sungguh?
Kalau betul lah macam tu, sebenarnya banyak cara lain untuk buktikan kecemerlangan mereka sebagai guru. Antaranya, hasilkan murid yang cemerlang, bukan je dari aspek akademik dan kokurikulum, tapi jugak dalam aspek manusiawi. Adakah dengan merakam video dan upload gambar suasana PdPC dalam kelas akan bantu tingkatkan prestasi murid?
SOP penggunaan telefon di dalam kelas
Aku tak pasti wujud ke tak SOP penggunaan telefon bagi guru ketika mengajar dalam bilik darjah. Maksud aku, dasar atau pekeliling yang melarang guru menggunakan telefon di dalam kelas. Masa zaman aku sekolah dulu, semua cikgu siap set phone diorang dalam mod senyap. Sebab tak nak mengganggu proses pengajaran diorang dan pembelajaran murid.
Tak lama dulu, KPM pernah keluarkan satu pekeliling berkenaan penggunaan media sosial bagi guru dan murid (KPM. 100-1/7/2 Jld.3(87) yang bertarikh 23 Jun 2017). Dalam tu, dijelaskan sebab dilarang dan tatacara penggunaan medsos yang betul bagi guru dan murid, termasuk lah implikasi penyalahgunaan medsos.
Nak rakam video atau gambar, tak salah. Tapi kena ada hitam putih dari pihak sekolah atau institusi pendidikan tu sendiri. Kalau sekolah bagi lampu hijau, masih kena mintak consent dari mak ayah. Kalau mak ayah tak kisah, takpe lah. Tapi kalau mak ayah tak benarkan video atau gambar anak-anak diorang ditonjolkan buat tatapan umum, macam mana? Siapa nak jawab?
Cara terbaik, setiap kali melangkah dalam kelas, silent kan lah phone tu. Letak tepi dan fokus 100% dalam PdPC. Tunjuk contoh yang sewajarnya kat anak-anak murid. Nanti suatu masa kalau anak-anak murid pertikaikan kenapa cikgu boleh guna phone sesuka hati dalam kelas, sedangkan murid-murid tak dibenarkan guna, macam mana?
Akhir kata, nak buat konten tak salah. Tapi bukan sewaktu dalam kelas yang boleh mengganggu kelancaran PdPC tu sendiri. Banyak lagi cara yang kreatif untuk tarik minat murid. Bukan penggunaan phone semata. Contohnya ada cikgu yang mengenakan busana tradisional untuk tarik minat murid dalam memahami subjek Sejarah atau tingkatkan soft skill murid dalam aspek komunikasi dengan berbincang dan berdebat tentang topik-topik semasa.
12 Comments
makin galak pulakkan cikgu2 ni buat content yg melibatkan anak murid kat TikTok.
ReplyDeleteTapi ammi suka gak tengok TikTok dari sorang guru muzik di Sekolah Senawang...mostly contentnya adalah lagu yang dimainkan oleh murid-murid menggunakan "recorder" . Sedap2 semuanya
Itu lah. Sepatutnya biar lah diorang yang merasai sendiri. Tak perlu tunjuk atau kongsi kat public.
Deletesaya setuju. patutnya kena ada consent. sebab anak2 ini bawah umur
ReplyDeleteBetul. Privasi anak-anak pun terdedah untuk tatapan umum. 😌
DeleteAda kalanya cikgu pun YouTuber, nak buat content le tu . :)
ReplyDeleteNak jadi YouTuber tak salah. Tapi biar lah kena pada tempat.
Deletepada pendapat saya, terpulang pada individu sendiri menilai apa content yang nak guru sampaikan... tepuk dada tanya selera. hehehe
ReplyDeleteminta follow saya back please, saya done follow awk. dan ada give away rakan blogger tengah buat. saya tag nama awk sekali.
Sebab tu kena ada sikap profesionalisme dalam setiap kerjaya. 😊
DeleteBoleh guna tapi berpada-padalah kan.
ReplyDeleteBetul. Biar kena tempat dan masa.
Deletesaya pun selalu terfikir benda sama. ketagih sangat nak viral sampai kadang-kadang memalukan murid. unless kalau parents setuju dan benda tu memang dirancang macam persembahan atau pertandingan
ReplyDeleteBila ketagih, memang tak fikir ke depan dah. Sebab tu benda ni kena banteras dari awal.
Delete