COD Shopee. Kenapa ada seller tak gunakan?


Aku tertanya-tanya. Kebanyakan seller Shopee yang aku beli barang, takde label RM15 atau RM40 kat produk kedai diorang. Maksudnya, diorang mungkin tak join program free shipping yang Shopee buat.

Bila takde label free shipping, setiap kali beli barang, customer atau buyer kena bayar kos shipping. Selalunya yang takde label ni kedai-kedai kecil. Ada jugak kedai besar yang tak join macam MR. DIY, Watsons dan ECO Shop.

Aku pelik. Kalau diorang tak join atau tak dapat join program free shipping, kenapa tak tambah option (Cash on Delivery) COD dalam pembayaran? Macam ECO Shop. Kedai ni takde label free shipping tapi baru-baru ni, aku perasan diorang tambah option COD dalam payment.

Kenapa penting COD?


Siapa tak nak jimat kan? Beli beli barang kat Shopee, aku selalunya akan check out guna voucher free shipping. Dapat save RM4.50 untuk satu kedai.


Sekarang pun setiap hari Rabu, Shopee akan bagi voucher free shipping untuk pembayaran guna COD. Siap ada voucher less RM5 untuk pembelian barang RM30. Bukan tu je, tiap-tiap bulan, Shopee pun bagi satu voucher COD untuk buyer guna.

Kelebihan COD


Nikmati pembayaran yuran transaksi yang diturunkan pada kadar promosi 1%* (sebelum SST) untuk semua pesanan COD berbanding 2% (sebelum SST) untuk pesanan kaedah pembayaran lain.

Maksudnya, Shopee hanya akan kutip 1% je dari setiap harga barang yang seller jual. Kalau normal shipping, diorang akan kutip 2%. Jadi, lagi jimat (kepada seller) bila buyer guna option COD. Tak gitu?

Kekurangan COD


  1. Maksimum RM250 sahaja dibenarkan untuk setiap transaksi.
Maksudnya, satu check out, hanya boleh beli barang total RM250 paling banyak. Justifikasi? Mungkin agak bahaya untuk kurier pegang jumlah duit tunai yang banyak. Kang hilang atau kena curi, naya pulak.

  1. Tak semua kurier dan tak semua kawasan yang boleh COD.

Dalam Shopee, ada 6 kurier rasmi yang Shopee guna iaitu Shopee Express, City-Link Express, DHL eCommerce, J&T Express, Ninja Van dan PosLaju. Hanya City-Link Express dan PosLaju je takde option COD. Mungkin company tu tak nak pegang cash.

Masalah COD?


Aku tak pasti kenapa ada sesetengah seller yang tak nak tambah option COD. Aku chat Shopee, tanya pasal ni. Katanya ada sesetengah customer yang tak nak terima barang masa kurier hantar. Mungkin barang tu defect.

Tapi setahu aku yang selalu guna COD, masa proses delivery, takde option Cancel pun dalam app Shopee tu. Maksudya, buyer tak boleh nak cancel order bila barang tu seller dah hantar kepada kurier.

Proses terima barang COD sama je dengan normal shipping. Yang lainnya cara pembayaran. Jadi, nak tak nak, buyer WAJIB ambil barang yang kurier hantar dan bagi kurier duit cash. Lepas kurier dah hantar, baru lah akan ada option dalam app Shopee untuk buyer return atau refund barang tu.

Cara aktifkan option COD


  1. Wajib pilih J&T sebagai salah satu pilihan penghantaran. Kalau tak, memang tak boleh nak aktifkan COD.
  2. Lepas tu, baru boleh aktifkan COD untuk kurier pilihan hati.



Harapnya entri ni sedikit sebanyak dapat membantu seller (dan buyer) untuk faham dan apply option COD ni. Ada yang cakap, walaupun kadar % yang Shopee kutip rendah berbanding normal shipping, tapi risiko COD ni tinggi. Macam aku bagitau, kebarangkalian buyer untuk tak terima barang tu adalah tinggi. Tak boleh nak salahkan buyer, mungkin diorang tak faham betul-betul proses pembayaran dan penerimaan barang guna COD.

Post a Comment

4 Comments

  1. Certain buyer tak faham konsep COD. Barang ada defect, tak nak terima, susahkan rider pulak kena return. Maybe sebab tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul. Salah faham konsep. COD Shopee ni tak sama dengan COD lain yang biasa tu.

      Delete
  2. Shopee kira berhantu juga,. Hari² nak tengok.. hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Berhantu waktu promo. Hari lain saya jarang bukak.

      Delete