Drama Turki Çarpışma akan datang di TV2.


Setakat yang aku tahu, kat Malaysia, TV2 merupakan satu-satunya channel yang tayang drama Turki. Tak silap aku, sebelum ni drama Turki ni ditayang dalam slot petang pukul 6 petang. Best jugak cerita tu. Tapi aku tak tengok sampai habis kes tak cukup masa nak melayan drama.

Sekarang, slot Lavender dah bertukar kepada pukul 1.30 tengah hari hingga 2.30 petang. Aku tak pasti apa justifikasi slot ni bertukar masa. Adakah ramai yang prefer untuk tengok waktu tengah hari berbanding waktu petang? Siapa golongan sasar drama Turki yang TV2 tayang? Adakah rating akan naik bila slot Lavender ditukar ke tengah hari?

Setakat entri ni ditulis, TV2 masih tayang drama Bitter Sweet (Dolunay). Mula tayang dari 3 Januari 2022. Kalau ikutkan ada 26 episod. Tapi drama Turki selalunya dua jam setiap episod. TV2 hanya tayang satu jam setiap episod.


Kiranya total episod yang TV2 akan tayang sebanyak 52 lah kan? Tapi bila tengok dalam YouTube, drama ni ada 81 episod. Kalau betul lah ada 81 episod, kira-kira, drama Bitter Sweet ni akan tamat pada 25 April 2022. Entah. Tunggu je lah.

Aksi bercumbuan dalam drama Turki


Jangan terkejut kalau tengok drama Turki, ada scene bercumbu. Dan yang bercumbu tu orang Islam. Mungkin benda tu dah biasa kat sana. Sebab aku pernah baca dalam forum dan artikel pasal orang Turki. Katanya walaupun majoriti penduduk Turki ni orang Islam, tapi (...). Malas ulas panjang.

Setakat drama Turki yang aku tengok, pelakon Islam lelaki dan perempuan selamba rock bebeh je bercumbu. Macam laki bini pulak. Tapi mungkin TV2 cut scene yang macam tu. Tak sesuai kot untuk tatapan umum penonton Malaysia yang berjiwa suci murni gitu.

Ada jugak sumber yang aku baca mengatakan wanita bertudung kat sana tak digalakkan (mungkin tak dibenarkan?) berlakon dalam drama style soap opera macam ni. Sebab tak nak portray atau gambarkan wanita Muslim buat sesuatu yang tak elok. Aku pun perasan, setakat drama Turki yang aku tengok, tak nampak pulak wanita bertudung dalam mana-mana scene.

Mengenai Çarpışma



Drama ni menceritakan pasal kehidupan ketua polis kat Istanbul, Turki. Kisah bermula bila dia cuba bunuh diri lepas kematian isteri dan anak dia. Tapi dalam cubaan nak bunuh diri, satu kejadian berlaku yang mengubah kehidupan 4 orang yang terlibat dalam kemalangan tu.

Tajuk: Çarpışma
Jumlah episod: 26
Genre: Aksi, drama, thriller
Bahasa asal: Bahasa Turki
Tarikh tayangan: Akan datang
Waktu: Isnin - Jumaat, 1.30 tengah hari
Siaran TV: TV2
Pelakon: Kivanç Tatlitug, Elçin Sangu, Alperen Duymaz, Melisa Pamuk, Onur Saylak

Aku tak pasti berapa episod yang akan TV2 tayang. Mungkin 52 sebab sehari hanya satu jam je tayang (dua jam kat Turki).

Çarpışma maksudnya crash dalam BI. Mungkin sebab permulaan kisah ni disebabkan perlanggaran 4 biji kereta tu. Kalau ikut Encik Wiki, Malaysia merupakan negara luar Turki yang ke-20 tayang drama ni. Terasa hebat betul drama ni kan? Banyak negara yang tayang.

Bila tengok drama Turki, kena sabar sikit. Sebab drama Turki tak sama macam drama Melayu. Drama Turki pesen telenovela sikit. Dan selalunya ada dialog yang panjang dalam setiap episod. Tapi bagi aku, takde hal pun. Layankan je. Asalkan cerita best.

Post a Comment

4 Comments

  1. yg i baca, walaupun turki majoriti penduduk islam tapi yang pegang stesen tv diorang bukan muslim sebab tu drama diorang agak kebaratan.

    nampak menarik juga siri baru ni, thanks sharing :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itu lah. Kerajaan Turki pun ada mintak RTÜK untuk tapis konten online kes nak banteras kehancuran nilai moral katanya.

      Delete
  2. culture shock masa first time tgk drama turki, takde langsung melambangkan ciri2 agama Islam...pakaian pompuan seksi giler...minum arak tu mcm perkara biasa je..

    walaupun tayang satu jam, dengan iklan lagi, ntah2 1/2 jam je utk drama..huhu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya tengok ada satu drama, masa awal elok je. Tapi lepas episod 10, mula muncul babak kissing. Lepas tu, terus spoil mood nak terus tengok.

      Delete