Pernah alami tak benda ni? Masa mula tidur, tiba-tiba kita terkejut dan tersentak. Adakalanya, kaki atau tangan akan refleks dengan menendang sesuatu.
Pernah terjadi kat aku. Tak selalu tapi bila terjadi, benda ni paling memalukan. Aku ingat lagi masa dalam kelas. Cikgu mengajar kat depan. Mengantuk punya pasal, aku terlelap. Dalam beberapa saat, aku tersentak sendiri dan tertendang meja. Malu bukan kepalang bila orang tengok.
Apa tu hypnic jerk?
Hypnic jerk ni satu fenomena yang berlaku tatkala seseorang tertidur atau terlelap disebabkan badan yang letih. Otak kita akan proses tidur kita dengan pantas tapi badan kita tak bersedia dengan perubahan yang cepat ni. Jadi, tubuh kita akan menyentak dan buatkan kita terjaga.
Hypnic jerk ada banyak jenis. Ada yang hanya terlelap sekejap macam dalam video tu. Ada yang terjaga disebabkan mimpi jatuh dari tempat tinggi. Ada jugak sedar terkejut disebabkan (halusinasi) bunyi dentuman atau gertak kat persekitaran.
Pengalaman aku, badan aku penat dan nak rehat tapi otak aku tak benarkan. Ye lah. Takkan nak tidur dalam kelas depan-depan cikgu. Jadi, secara tak sedar, aku terlelap. Otak aku ibarat tak boleh terima perubahan ni dan terus buatkan aku terjaga dalam keadaan terkejut. Waktu ni seolah-olah otak berlawan dengan badan.
Faktor berlakunya hypnic jerk
Mengikut beberapa kajian, ada beberapa penyebab berlakunya hypnic jerk ni. Macam yang pertubuhan profesional US dalam bidang sleep medicine, American Academy of Sleep Medicine, menyatakan beberapa penyebab. Antaranya:
- Perasaan bimbang (anxiety)
- Kafein dan nikotin
- Stress
- Aktiviti lasak pada waktu petang
- Keletihan
- Kurang tidur
Para saintis masih lagi belum temui secara jelas penyebab masalah ni berlaku. Kajian masih lagi dijalankan. Banyak teori yang diutarakan tapi belum disahkan.
Cara atasi hypnic jerk
Berdasarkan beberapa faktor penyebab yang telah dikenal pasti, antara cara yang boleh dilakukan untuk atasi hypnic jerk ni adalah:
- Kurangkan pengambilan kafein dan nikotin
- Kurangkan aktiviti lasak sebelum tidur
- Wujudkan rutin tidur (minum teh, susu suam atau dengar lagu menenangkan sebelum tidur)
- Kurangkan stress
Hypnic jerk ni fenomena yang berlaku jarang-jarang. Tak tahu bila dan di mana boleh berlaku. Mungkin masa tengah makan dan terlelap, pun boleh berlaku. Tapi seandainya hypnic jerk kerap kali terjadi, lebih baik jumpa doktor dan mintak nasihat doktor sekiranya perlu.
18 Comments
ada yang cakap, tu fasa nak ke deep sleep. tapi apa beza tidur tersentak ni dengan tidur tapi tergerak2 sikit badan. mcm kucing tidur tu bila kita baring dengan dia.
ReplyDeleteHypnic jerk berlaku masa mula nak tidur. Sentapan kucing pun dikatakan dalam kategori yang sama.
DeleteTerima kasih perkongsian. Pernah alami ni.
ReplyDeleteSama-sama. 👍
Deleteselalu jadi masa tidur mimpi terjatuh.padahal elok je atas katil. pastu tak boleh tido dah. huhu
ReplyDeleteMungkin sebab masa tu kadar degupan jantung makin kuat. Sebab terkejut. Pernah jugak jadi kat saya. Bila kena, ambil masa nak tidur semula.
Deletepernah juga kadang-kadang....
ReplyDeleteBetul. 👍
DeletePernah alami jugak tertidur depan pc kat office tapi takdelah sampai tendang meja atau bersilat hahaha... setakat tersentak pastu tengok kiri-kanan depan belakang kok ada orang perati ke
ReplyDeleteKalau bersilat tu mau merah muka. Lagi-lagi kalau ada yang tengok. 😂
Deletepernah rasa...
ReplyDeletekena kurangkan kafein ke?? macam dah dikurangkan je ni..
Yang penting kena cukup tidur.
DeletePernah jadi juga. Mungkin sebab keletihan kot. Tak dapat rehat yang cukup. Terima kasih share. Baru tahu punca puncanya.
ReplyDeleteSama-sama. 👍
Deleteooo rupanya ini puncanya ye. baru mama tau tq for sharing
ReplyDeleteSama-sama. 😀
DeleteKadang2 terjadi juga ni. Baru tahu nama saintifiknya adalah hypnic jerk.
ReplyDeleteBetul tu. 😃
Delete