Isu beg berat. Pandangan aku sebagai rakyat marhaen.


Aku ada baca beberapa artikel dan berita. Kat medsos dan beberapa sumber yang sahih. Katanya, isu ni timbul dan jadi hot pada tahun 2018. Murid sekolah terutamanya sekolah rendah terpaksa galas beg mengandungi beban yang boleh dikategorikan sebagai beban yang berat. Beban kat sini bukan bermaksud sesuatu yang membebankan atau menyusahkan tau. Tapi sesuatu yang berat.

Sebenarnya, dari dulu lagi isu ni dah wujud. Zaman aku sekolah awal 2000's sampai lah sebelum 2010's. Aku bersekolah kat luar bandar. Pergi sekolah kadang jalan kaki, kadang ayah hantar. Balik sekolah kadang naik bas. Kalau lewat balik atau ada kelas tambahan, terpaksa lah jalan kaki. Jarak rumah aku dengan sekolah bukannya dekat. Dalam 20 hingga 30 minit sehala.

1. Kongsi buku teks.


Zaman aku belajar dulu, ada je murid termasuk aku yang tinggalkan buku kat dalam laci meja sekolah. Setakat yang aku tahu, belum ada lagi kes buku teks hilang. Masing-masing tak kuasa nak curi masuk kelas orang dan ambil buku teks. Kalau hilang, pandai-pandai lah tanggung sendiri.

Ada cikgu yang benarkan murid kongsi buku teks. Sebab waktu tu memang dah wujud isu beg berat. Jadi, aku bersyukur cikgu-cikgu aku memahami. Dan bila berkongsi buku teks ni, takde isu pun tak dapat nak fokus dalam kelas bla bla bla. Tapi tu dulu lah kan? Sebelum zaman wabak COVID-19. Sekarang sangat mustahil untuk murid nak kongsi buku sesama mereka. Kang tak pepasal virus merebak.

2. Pengurusan jadual yang sistematik.


Benda ni sangat penting. Pengalaman aku, tak semua subjek yang guna buku teks secara total. Dulu masa Tingkatan 5, ada beberapa subjek yang jarang sangat memerlukan buku teks. Kalau ada pun, untuk buat latihan pengukuhan dalam tu. BM, Math dan BI antara subjek yang kurang penggunaan buku teks. Cikgu-cikgu banyak bagi modul dan nota. Ada jugak cikgu yang bagi buku kerja. Kiranya buku teks hanya dijadikan sebagai rujukan.

Kalau ada subjek yang nak kena refer buku teks, cikgu-cikgu aku akan inform awal. Selalunya sehari sebelum kelas. Dari situ lah aku dapat tentukan buku mana yang perlu bawak dan buku mana yang tak perlu.

3. Lokar di setiap kelas.


Sekarang, ada sesetengah sekolah terutamanya sekolah bandar yang letakkan lokar dalam setiap bilik darjah. Lokar macam student mat saleh tu. Siap berkunci. Jadi keselamatan buku terjamin. Walaupun buku teks disimpan dalam lokar, tak bermakna murid tak buat kerja sekolah atau tak ulang kaji pelajaran. Macam aku bagitau, ada sesetengah subjek yang kurang penggunaan buku teks. Jadi, lebih baik simpan kat dalam lokar.

4. Penggunaan bahan digital secara optimum.


Jujurnya, yang ni aku tak setuju. Aku faham yang kita ada kat zaman di mana memerlukan penggunaan bahan digital. Duit pun dah ada versi digital (penggunaan eWallet). Tapi adakah, aku bagi contoh, buku teks digital lebih efektif dan berkesan terhadap murid dalam konteks pembelajaran dan penerimaan ilmu? Kalau ya, teruskan lah penggunaan bahan digital.

Macam mana kalau ianya hanya membebankan? Dalam proses pembelajaran (dari zero), sesuatu bahan rujukan atau bahan bacaan berbentuk fizikal lagi diperlukan. Lebih mudah untuk murid buat semakan atau ulang kaji. Nak belek pun senang. Bila guna buku teks digital, agak leceh untuk buat ulang kaji sebenarnya.

Nak guna buku teks digital kat sekolah tak salah. Contohnya, setiap kelas dibekalkan dengan satu tablet untuk setiap seorang murid. Dalam tablet ni, hanya ada buku teks digital yang murid boleh guna masa cikgu mengajar. Dan bila tamat waktu sekolah, tablet tu akan dipungut dan disimpan oleh cikgu. Bila balik rumah, murid boleh refer semula pada buku teks fizikal yang ada.

5. Jadual anjal?


Nak buat perubahan jadual? Atau jadual anjal untuk atasi masalah beg berat? Aku rasa takkan bagi kesan yang signifikan. Nak ubah jadual ni kena pastikan semua guru subjek setuju. Bukan boleh sesuka hati nak ubah dengan alasan nak pastikan murid tak terlebih bawak buku teks ke sekolah.

6. Penggunaan teknologi digital di sekolah.


Aku antara batch terawal yang siap ada CD dalam buku teks. Dulu cikgu selalu guna projector old school yang letak plastik lutsinar. Zaman dah berubah. Banyak projector (sambung kat PC atau laptop) mula wujud kat Malaysia. Zaman tu bermula lah era penggunaan bahan digital kat sekolah. Bilik komputer pun dah dinaik taraf. Komputer gemuk dah jadi slim.

Menjadi ke penggunaan bahan digital? CD yang ada kat muka surat terakhir buku teks langsung tak disentuh. Tak semua cikgu guna CD tu dalam kelas. Bagi pelajar yang ada komputer kat rumah, diorang boleh lah bukak CD tu dan ulang kaji subjek. Bagi yang takde? Bukak dalam bilik komputer? Atau pergi cyber cafe?

Zaman dah berubah. Murid diberikan netbook. Yang 1Malaysia tu. Waktu tu aku tak sempat merasa pun. Jadi, aku tak tahu lah pemberian tu betul-betul berkesan atau tak dari aspek pengajaran dan pembelajaran.

Sekarang dah maju. Dalam buku teks disertakan sekali QR code untuk sesetengah topik. Bila scan kod tu, murid boleh tengok info yang lebih lanjut pasal topik yang diajar atau apa-apa maklumat berkenaan topik tu. Yang ni pun mungkin jadi isu. Tak semua murid ada smartphone dan tak semua parents benarkan anak-anak diorang ada phone sendiri.

Konklusi


Sekolah menengah, bagi aku, takde masalah. Yang jadi masalah dan isu, murid sekolah rendah yang kadang-kala tak tahu nak bawak buku apa ke sekolah. Cara mudah, diorang bawak je semua berdasarkan subjek yang diajar hari tu. Itu lah yang jadi salah satu punca beg berat. Kalau parents yang rajin bertanya cikgu dalam group, takpe lah. Kalau tak, macam mana?

Nak harapkan lokar? Takde masalah pun kalau kerajaan wujudkan semua lokar kat sekolah. Bajet dalam sektor pendidikan kan paling banyak berbanding sektor lain setiap tahun. Tapi akan timbul isu lain pulak. Nanti ada yang cakap murid asyik tinggal buku kat sekolah. Lepas tu, balik rumah lenggang kangkung tak buat homework atau ulang kaji.

Bagi aku, kalau nak betul-betul elak murid bawak beg berat ke sekolah, pihak pentadbir dan guru kena berbincang dengan lebih teliti setiap kali wujudnya kohort baru jadual. Sebab? Hanya cikgu yang mengajar je tahu buku apa yang perlu murid bawak ke sekolah. Nampak macam leceh kan? Tapi kalau tak buat macam ni, takkan berakhir isu beg berat disebabkan buku teks, buku kerja, buku latihan dsb.

Post a Comment

8 Comments

  1. Semoga ada pihak di Kementerian Pendidikan dapat meneliti perkara ini

    ReplyDelete
    Replies
    1. Harapnya dapat selesaikan masalah yang berkurun lama ni.

      Delete
  2. Isu yang tiada kesudahan, entah bila nak selesai... menteri bersilih ganti..tiada juga perubahan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Semua pihak terlibat kena teliti semula pasal ni.

      Delete
  3. Saya tengah consider sekolah swasta untuk anak sebab tak perlu bawa balik buku teks.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau tak perlu bawak balik, bagus lah. Mungkin sesetengah subjek boleh buat macam ni jugak.

      Delete
  4. Kalau kerajaan buat loker untuk pelajar sekolah cukup memudahkan pelajar terutama pelajar sekolah rendah. Kesian tengok pegi balik sekolah bawak bag berat2.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sekurang-kurangnya macam tu lah. Cuba wujudkan lokar setiap kelas. Dan tengok dalam beberapa penggal sama ada membantu atau tak.

      Delete