Antara produk terbaru Massimo. Kek chiffon ni aku terbeli masa singgah 7e. Plan nak beli air je. Ternampak pulak kek 3 serangkai ni. Harga RM1.30 seketul. Murah dah tu kan?
Spesies kek ni ada 3 variasi iaitu Classic, Pandan Coconut dan Mocha. Aku beli pun sebab nak cuba perisa mocha tu macam mana. Belum pernah lagi aku rasa kek perisa mocha.
1. Classic
Rasa perisa ni biasa-biasa. Tak sama macam perisa adik dia yang dua orang lagi tu. Dari segi tekstur, aku suka dengan kelembutan kek chiffon ni. Lembut tapi tak rapuh. Bila makan, takde lah terburai isi yang mampu sepahkan kawasan sekeliling.
2. Pandan Coconut
Massimo pun tak terkecuali buat kek pandan walaupun zaman viral pandan dah berlalu. Kelembutan kek ni sama macam perisa classic. Bau takde sangat bau pandan tapi rasa memang rasa pandan. Manis-manis berlemak.
3. Mocha
Yang ni memang aku suka. Rasa macam tiramisu sikit. Mungkin sebab mocha kan? Base kek ni sama macam dua perisa lain tu. Masih lembut walaupun aku letak dalam peti sejuk. Rasa manis ada tapi tak over. Sedang-sedang.
Overall, kek chiffon dari jenama Massimo ni tak mengecewakan. Malah, sedap dan berbaloi untuk dibeli. Boleh jadi bekal on-the-go bila tak sempat sarapan. Sebiji kek ni mungkin dah cukup sebagai alas perut sambil tunggu masa lunch.
P.S. Ada satu lagi perisa iaitu perisa Cheese. Paket kuning. Tapi takde pulak kat rak roti waktu tu. Mungkin dah sold out kot.
4 Comments
sedap dan lembut
ReplyDeleteBetul. 👍
Deletesuka ketiganya. memang sedap
ReplyDeleteKena cuba yang cheese pulak nanti.
Delete