Niat puasa Ramadan.


Bulan Syaaban hampir melabuhkan tirai yang menandakan bakal tibanya bulan yang paling ditunggu-tunggu untuk dapatkan pahala berlipat kali ganda iaitu bulan Ramadan atau bulan puasa.

Nak puasa, dah tentu lah kena pasang niat. Kalau tak, tak sah hukumnya. Ada yang pasang niat sebulan terus dan ada jugak yang pasang niat hari per hari.

Mengenai niat puasa


  1. Wajib niat.
Salah satu syarat sah puasa adalah niat. Lepas kaji info kat sumber sahih, in case terlupa nak baca niat formal, tak jadi masalah. Asalkan kita berniat, contohnya "Esok pagi aku nak puasa". Ni dah kira niat.

  1. Niat sebulan.
Bagusnya niat sebulan sebab kita kan manusia. Ada masa kita lupa. Jadi, untuk elakkan kita terlepas niat untuk hari seterusnya, lebih elok niat sebulan terus. Diharuskan niat puasa sebulan pada malam Ramadan yang pertama dan tak wajib niat setiap malam (mengikut mazhab Maliki).

  1. Niat sehari.
Mengikut mazhab Syafie, niat perlu lah diperbaharui pada setiap malam untuk berpuasa. Namun, pendapat lain mengatakan niat sebulan pun boleh. Sebagai langkah berjaga-jaga kot-kot lupa nak pasang niat untuk hari seterusnya.

Post a Comment

10 Comments