Pengalaman beli barang di Carousell.


Carousell ni salah satu platform jual beli barang secara online. Sistem yang Carousell gunakan ni simple je. Tak kompleks macam Lazada atau Shopee. Takde coins, voucher free shipping, voucher promo dari seller, kedai rasmi dsb. Cuma kadang-kadang tu, Carousell murah hati bagi diskaun shipping.

Pilih barang berkenan → chat seller → bayar → barang sampai

Dalam Carousell, kebanyakan barang yang dijual adalah second-hand atau pre-loved. Barang baru ada, tapi tak banyak. Dan jarang ada company besar yang guna Carousell sebagai tempat jual barang diorang. Kiranya Carousell ni tempat rakyat-rakyat marhaen jual beli barang terpakai.

Kenapa guna Carousell?


Pernah cari barang kat kedai fizikal, kedai online, Lazada atau Shopee tapi tak jumpa atau out of stock? Pengalaman aku, aku cari VCD yang aku nak, tapi malangnya VCD ni dah tak dijual kat kedai. Setakat yang aku tahu lah. Sebab VCD ni dah lama diterbitkan.


Masa cari dalam Carousell, jumpa lah VCD yang aku nak. Drama Korea bertajuk Miss Kim's Million Dollar Quest. Aku nak sangat VCD ni. Walaupun dah tengok kat TV dan online, tapi aku beli sebab nak buat koleksi.


Chat dan bayar


Bila dah jumpa VCD ni, aku terus chat dengan seller. Kena chat dulu sebab kadang ada seller yang dah jual. Lepas chat dan confirm, kena lah buat pembayaran. Nak bayar, ada 3 cara:
  1. COD
  2. Sistem Carousell
  3. Direct bank in

COD - Maksudnya Cash on Delivery. Bayar harga barang kat seller masa jumpa face to face. Tak semua seller buat COD. Kebanyakan seller yang aku deal, diorang lebih prefer postage.

Sistem Carousell - Bila dah cornfirm nak beli, klik Buy now dan proceed dengan pembayaran. Carousell caj sikit sebagai protection fee. Akan ada beberapa pilihan pembayaran macam GrabPay dan online banking.


Direct bank in - Yang ni seller selalu prefer. Mungkin sebab tak dikenakan caj tambahan. Kalau nak deal dengan seller dengan cara macam ni, kena hati-hati. Risau ada scammer. Dan kemungkinan Carousell tak dapat nak tolong. Sebab pembayaran bukan dari saluran rasmi Carousell.

Ada scammer dalam Carousell?


Setakat yang aku beli, alhamdulillah masih selamat. Sebelum aku beli, aku akan check dulu profile seller tu dan chat betul-betul dengan seller. Selalunya kalau seller tu bukan scammer, akan ada rating yang baik kat profile dia. Rating ni dari review yang buyer bagi.


Untuk beli barang mahal beratus-ratus, aku tak berani. Melainkan barang tu boleh COD. Jadi, aku beli barang dari seller yang dipercayai dan bukan barang mahal ratus-ratus.

Post a Comment

6 Comments

  1. selalu orang jual barang peribadi dalam ni. nanti nak buat akaun jugak, banyak baju lama boleh let go

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul. Daripada buang, lebih baik jual. Mungkin ada gunanya untuk si pembeli.

      Delete
  2. Okay jugak ada platform carousell ni. Pembeli boleh cari barangan rare kat sini sebab kadang kat tempat lain tak ada jual. So far belum pernah lagi beli barang kat sini. Itulah tu, risau berurusan dengan scammer.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kann. Kadang masa nak beli tu risau sangat. Scammer ni macam-macam boleh tipu. So far takde masalah.

      Delete
  3. Bari sebentar tadi aku menjual barang di carousell, pembeli beria-ia menggunakan kaedah carousell protection. Bagi aku, remeh dan lambat sebab biasa pakai marketplace dan mudah. Kaedah carousell agak pening bagi aku, akhirnya aku offer kepada pembeli, hantar dahulu barang sampai baru bayar. Pembeli pulak tak berani menjawab keputusan membeli ke tidak. Agaknya, carousell protection tidak difahami pembeli. Ada jalan mudah dan cepat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sebenarnya Carousell Protection ni sama macam sistem Lazada dan Shopee. Buyer beli, dapat barang dan lepas tu, contohnya kalau barang rosak atau tak cukup, boleh refund atau return. Dalam masa sama, dapat elak dari scammers.

      Delete