Tahu apa tu iQIYI? iQIYI ni laman web penstriman video macam filem, drama dsb. Milik China. Konten yang ada dalam web ni bukan je berkaitan China, tapi drama Melayu pun ada macam 7 Hari Mencintaiku, Budak Tebing dan Kampung People. Ada yang boleh tengok percuma dan ada yang kena langgan (VIP).
Trending #1
Sekarang, tengah trending drama dari China iaitu Under the Skin. Drama berkisarkan kepolisan dan penyiasatan. Aku suka kalau tengok drama pesen gini dari sana. Sebab sangat detail dan plot yang sentiasa saspens. Tak macam tipikal drama polis yang duk asyik panggil "Baik, Tuan!", "Baik, Puan!". Drama ni sangat smooth dan setiap episod memang ada unsur thriller dan saspens.
Tajuk: Under the Skin
Jumlah episod: 20
Genre: Drama kepolisan, thriller, misteri
Bahasa asal: Mandarin
Tarikh tayangan: 6 Mac 2022 - 16 Mac 2022
Siaran TV: iQIYI, Tencent Video
Pelakon: Tan Jian Ci, Jin Shi Jia (Kingscar), Baby Zhang, Zhu Jia Qi,
Lu Yan Qi, Qin Hai Lu, Fang Zi Bin
Ringkasan kes jenayah
Kisah pasal pelukis potret iaitu Shen Yi dan pegawai polis, Du Cheng yang bekerjasama dalam menyelesaikan setiap misteri jenayah yang berlaku kat Beijiang.
Kes 1: Pembunuhan wanita dalam tab mandi.
Kes 2: Pembunuhan di hospital pembedahan plastik.
Kes 3: Rompakan.
Kes 4: Penemuan rangka manusia di padang sekolah.
Kes 4 (extra): Pemerdagangan manusia.
Kes 5: Pembunuhan oleh sorang perempuan.
Kes 6: Penculikan anak perempuan pensyarah.
Kes 7: Penculikan kanak-kanak.
Kes 8: Rompakan kedai emas.
Kes 9: Pembunuhan di kondominium.
Kes 10: Pelajar universiti dirogol.
Kes 11: Kematian cikgu Shen Yi (Xu Yi Duo).
Kes 12: Penipuan menggunakan AI.
Kes 13 (kecil): Muka model hilang dari poster.
Kes 14: Letupan bom di kilang proses besi.
Kes 15: Kematian He Hong.
Akan ada musim kedua?
Rasa sekejap sangat drama ni. Tup tup dah habis. Tapi ada beberapa misteri yang masih belum terungkai. Mungkin akan ada musim kedua nanti. Drama ni masa awal-awal, relaks je. Bila nak dekat tamat, rasa makin kompleks dan bertambah keterujaan untuk terus layan.
- Shen Yi masih tak dapat lukis muka perempuan misteri.
Sampai episod akhir, aku tak pasti kenapa plot ni tergantung. Shen Yi sampai sudah tak boleh lukis gambar muka perempuan yang mitak tolong dia 7 tahun lepas.
- Siapa entiti misteri yang pakai hoodie?
Tak dapat dipastikan dia ni lelaki ke perempuan. Entiti misteri ni wujud masa scene dia tolak Shen Yi ke dalam laut lepas Shen Yi lukis muka Lei Yi Fei masa dewasa (mungkin nak hapuskan saksi). Kedua, entiti ni muncul masa episod 12, waktu sebelum He Hong lari. Dan ketiga, masa episod akhir. Dalam scene akhir, entiti ni muncul lagi dan rosakkan potret Shen Yi.
- Siapa perempuan yang jumpa Shen Yi?
Kelibat perempuan ni muncul semula dalam episod 11 masa kat atas kapal. Aku cam sebab suara dan gaya dia sama dengan perempuan yang jumpa Shen Yi masa mintak Shen Yi lukis muka Lei Yi Fei. Tapi, sampai sekarang, team polis Beijiang tak tahu pun identiti perempuan tu. Adakah perempuan tu ubah muka jadi muka He Hong? Sebab apa?
Tak perlu scene daring untuk rating tinggi
Drama ni bagi aku, sangat teliti dari segi pembuatan. Pelakon pun tak kekok. Menjadi. Paling best, takde unsur 18SX atau ganas yang melampau. Takde aksi peluk atau kissing even ni drama bukan Muslim punya. Tak perlu aksi daring atau keterlaluan untuk tarik perhatian penonton. Cukup dengan plot yang menarik dan kekemasan setiap episod. Aku pasti kalau RTM tayang drama ni, tak perlu susah payah nak cut mana-mana scene.
Shen Yi yang suka tidur dalam kereta. |
Even satu episod tu ada kes sorang doktor gila yang rakam video seks dia dengan pesakit, tapi takde tunjuk pun scene yang jelas pasal tu. Sekadar video muka perempuan yang tengah mabuk. Tu pun dah cukup buatkan penonton faham. Rasanya kalau drama lain, habis nak ditunjuk sampai celah kangkang.
Drama kepolisan dan penyiasatan yang tak perlu ada banyak scene bertumbuk segala bagai haram jadah tu. Unsur mind game dalam drama dah cukup untuk buatkan penonton terus-menerus tengok episod seterusnya.
Sinematografi yang awesome
Antara kekuatan drama ni adalah sinematrografi. Aku suka tengok setiap scene yang dirakam dengan cukup lawa dan teliti. Nampak simple tapi setiap scene tu ada kekuatan tersendiri. Sekali tengok, dah macam level filem.
Berbaloi untuk ditonton
Aku ingatkan drama ni cerita biasa je. Sebab tengok poster pun, takde lah macam tipikal poster drama polis yang lain. Lepas layan episod 1, terus nak proceed ke episod seterusnya. Drama ni takde lah buatkan aku perah otak. Macam aku bagitau, drama ni relaks. Tapi unsur thriller dan saspens yang buatkan setiap episod berbaloi untuk ditonton.
2 Comments
Menarik..boleh masuk dlm list..
ReplyDeleteBetul. Berbaloi luang masa tengok drama ni. Sangat misteri.
Delete