Beli ayam masak merah kat bazar Ramadan.


Alhamdulillah. Semalam, pertama kali aku masuk bazar Ramadan untuk tahun ni. Tu pun singgah sebab ada urusan kat bank. Lepas setel urusan bank, terus masuk bazar. Curious jugak nak tahu apa yang diorang jual sabab aku perasan, sebelum zohor lagi diorang dah bukak gerai.

Banyak jugak lah aku beli. Excited kan first time datang bazar Ramadan. Rambang mata. Ada yang jual air buah, ada yang jual kuih muih dan ada yang jual makanan goreng macam nasi dan mi goreng.

Ada satu gerai yang jual pelbagai lauk-pauk. Ayam, ikan, daging semua ada. Aku tertarik dengan ayam masak merah. Warna tumisan tu merah darah, dikelilingi minyak. Maksudnya, tumisan tu dimasak dengan elok. Aku beli dua ketul isi ayam. Besar. RM7 aku bayar.

Rasa yang plain


Balik rumah, panaskan sikit. Makan dengan nasi rempah (ala nasi tomato). Sedap ke ayam masak merah? Jujur, tak kena dengan tekak aku. Bau dah ngam. Wangi. Macam ayam nasi minyak kenduri tu. Tapi rasa sangat plain. Macam kurang perasa. Nak kata tawar, tak. Sebab boleh rasa manis bawang. Aku tak pasti dia kurang masukkan garam, atau tak masukkan langsung MSG.

Itu lah. Tekak kita tak sama. Ada orang makan sesuatu menu tu, best. Ada orang yang tekak sensitif, terus tahu makanan tu best ke tak. Aku bukan lah pro sangat memasak tapi bila bab rasa makanan ni, aku senang nak detect makanan tu sedap ke tak.

Semoga ayam masak merah tu berjumpa dengan pelanggan yang tepat. Kalau singgah lagi pun, mungkin aku tak beli dah ayam ni. Cuba cari menu lain pulak. Tak nak tertipu dengan rupa makanan yang nampak sedap. 😅

Post a Comment

10 Comments

  1. Kalau kena dengan citarasa tekak kita memang ulang2 belilah. Kalau tak, sekali ajelah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kann. Sekali je beli menu ni. Kalau rajin, boleh alter sendiri perasanya. Tapi.. 😌

      Delete
  2. sedih jugak kalau rasa tu x sampai kn? kalau sy lepas ni mmg x repeatlah beli kt kedai tu lg

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul. Mungkin orang lain suka kot rasa macam tu.

      Delete
  3. sayangg nyaaa... rupa dah cantek dah tu!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itu lah. Beli pun sebab tengok rupa yang helok. 😅

      Delete
  4. tu la..rupa dah elok cantik sedap..memikat...rupanya x berasa ye..takpe nanti beli makanan lain plak

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kann. Menu dia jual banyak. Mungkin boleh cuba menu lain pulak.

      Delete
  5. Aduh.. Rupa dah cukup cantik, bau dah ngam sekali rasa pula tak ngam ye..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tergoda tengok rupa. Harap dapat cari menu yang ngam lepas ni.

      Delete