Sekarang zaman canggih. Penggunaan kamera litar tertutup atau CCTV dah jadi satu keperluan. Lagi-lagi bila tinggal kat rumah teres. Sebab utama, untuk elakkan kes pecah masuk rumah. Sebab kedua, boleh detect orang minyak. 🤭
CCTV sekarang ni makin canggih. Siap ada motion detection atau sensor yang boleh detect pergerakan even rama-rama sekalipun. Tujuannya nak bagi mudahkan monitor apa-apa aktiviti dalam lingkungan view CCTV tu.
Tapi kena ingat, tak semua jiran kita suka kalau CCTV kita tu view dalam kawasan rumah diorang. Breach of privacy. Boleh naik mahkamah tau kes macam ni.
Jadi, kalau CCTV kita tu canggih dan ada motion detection, sila lah off feature motion tu ye. Kot-kot ada jiran yang tak suka diganggu dengan pandangan CCTV. Kalau nak pasang jugak, at least inform jiran kita tu.
Bagi aku, kadang aku pun tak suka kalau CCTV jiran view kawasan rumah aku. Tapi CCTV penting jugak kalau-kalau ada kes jenayah kat rumah kita. Jadi, macam mana? Back to the basic, pastikan CCTV tu view kawasan rumah kita je. Kalau apa-apa berlaku kat rumah jiran, biar jiran tu sendiri yang selesaikan. Tak gitu? Dah. Jangan gaduh-gaduh. Dah nak raya ni.
6 Comments
Seeloknya begitulah.. Biar CCTV kita tu view rumah kita je..
ReplyDeleteKann. Takde lah nak bergaduh lepas ni.
DeleteLumrah manusia, tak suka kalau hidup asyik diperhatikan..melainkan attention seeker..
ReplyDeleteBetul. Privasi penting bila kat rumah.
Deletepernah tau kereta jiran kena curi, so polis datang mintak tengok CCTV. Alhamdulillah jiran area rumah saya semuanya OK
ReplyDeleteKalau ada komuniti baik macam ni bagus sebenarnya. Saling memahami.
Delete