Makanan di bazar Ramadan mahal? Buat aduan atau kecam?


Baru tertengok video TikTok pasal sorang pengguna ni yang beli juadah untuk berbuka kat bazar Ramadan. Katanya ada makanan yang dijual dengan harga yang sangat mahal.

Ada sesetengah netizen pulak yang kecam balik. Kata diorang, kalau mahal, tak payah beli. Kuasa di tangan anda gitu. Ya. Betul. Kuasa membeli di tangan kita. Tapi kuasa menjual macam mana? Adakah peniaga boleh sesuka hati kenakan harga yang mungkin tak masuk akal demi untung semata?

Jangan risau. Kalau rasa jumpa makanan yang dijual dengan harga tak masuk akal, terus buat aduan kat Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP).


Macam mana nak tahu makanan tu terlalu mahal ke tak?


  1. Bandingkan harga dengan kedai lain. Kalau harga kedai yang kita rasa mahal tu terlalu mahal dari kedai lain, buat lah aduan.
  2. Harga jualan tak sama macam harga normal. Kadang sesetengah kedai jual makanan dengan harga mahal. Tapi owner claim guna bahan mentah yang berkualiti tinggi gitu. Jadi, harga jualan pun terpaksa dimahalkan. Boleh percaya? Kalau ragu-ragu, jangan segan-segan buat aduan.

Katanya KPDNHEP tak mengeluarkan garis panduan kawal harga makanan siap dimasak. Dan agak sukar untuk kawal harga makanan macam ni. Jadi, kalau dah aduan yang dibuat mungkin tak diterima (peniaga ada alasan kukuh), kita sebagai pengguna perlu lah lebih bijak dari peniaga.

Maksudnya, dah tahu makanan mahal dari normal, tak payah lah pergi beli. Kalau 100 orang mentaliti sama macam kita, tak mustahil peniaga nak tak nak, terpaksa kurangkan harga jualan atau cari cara lain untuk pastikan makanan yang dijual mampu dibeli oleh semua tak kira golongan marhaen mahupun kayangan. 😆

Post a Comment

10 Comments

  1. Tak pegi lagi bazar ramadan setakat ini

    ReplyDelete
  2. Buat masa ni saya belum sampai lagi ke Bazaar Ramadan.

    ReplyDelete
  3. jrg beli lauk kt bazar ramadhan sbb risau tk kena ngan tekak..kalau beli pn slalunya tmpt yg mmg dh biasa bli....biasa p bazar ramadhan cari kuih2

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kann. Selalunya makanan best ada kat pasar malam. Menu kat bazar Ramadan tak kena dengan tekak walaupun banyak pilihan.

      Delete
  4. mahal kalau sedap berbaloi la , tapi kalau mahal balik2 makanan pun xberapa nak sedap rugi jugak tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Setuju. Mahal tapi sedap. Kalau mahal tapi tak sedap memang nak kena pelangkung lah jawabnya.

      Delete
  5. Buat aduan je.. kecam kecam ini bukannya dapat apa pun..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul. Aduan sangat penting. At least ada rekod. Nanti kalau peniaga buat hal lagi, senang nak ambil tindakan.

      Delete