17 April 2022, Ahad
Nak ke sini, kena naik bas ulang-alik (Rapid Kuantan). Aku kagum betul bila datang sini waktu ni. Banyak perubahan. Dari tandas sampai lah beberapa fasiliti yang lain.
Tandas awam
Masa last aku datang tahun 2016, tandas awam kat sini, bila nak masuk, ada orang jaga. Sebab kena bayar duit. 30 sen tak silap aku. Sekarang, dah canggih. Mesin yang jaga. Sekali masuk 50 sen. Mahal? Bagi aku, murah dah tu. Sebab? Tandas TSK ni sangat lah lawa. Bersih berbanding dulu walaupun masih ada bau yang kurang menyenangkan.
Mesin air gedegang
Air sejuk dan jajan. |
Air sejuk dan air panas. |
Mesin air gedegang kat sini ada banyak. Ada mesin air sejuk, air panas dan mesin yang jual jajan. Dulu bayar kena guna duit kertas atau duit syiling. Sekarang ada option bayar guna Touch' n Go dan payWave. Tak perlu risau kalau tak cukup duit fizikal. Jakun betul aku tengok kewujudan benda baru ni.
Edisi braille. |
Paling hebat, kat sini siap ada mesin air gedegang edisi braille. Khas untuk OKU penglihatan. Aku kagum betul. Salah satu mesin air gedegang yang OKU friendly.
Food court
Food court kat sini pun dah berwajah baru. Deco dah makin lawa. Meja dan kerusi dah berubah warna jadi lebih moden. Siap ada lampu lagi kat atas. Kherlas gitu. Bersih. Masa aku tunggu bas, aku lepak sini kejap. Walaupun tak besar tapi sangat convenient untuk penumpang bas yang kelaparan. 😅
Mesin tiket bas
Last but not least, kalau nak beli tiket bas, tak perlu susah payah beratur kat kaunter tiket. Boleh beli kat mesin je. Layan diri. Zaman dah moden kan. Untuk muda-mudi yang dah mahir guna teknologi, boleh lah beli tiket kat mesin ni. Untuk yang tak pandai guna mesin, boleh beli kat kaunter.
Overall, TSK ni dah hampir sempurna. Cuma ada beberapa part yang boleh diperkemaskan lagi. Ada dua buah tandas tak silap aku yang rosak dan ditutup. Eskalator pulak ada satu yang rosak. Aku saksikan beberapa orang, mungkin technician, tengah baiki eskalator tu.
2 Comments
Wah.. Canggih tandas dia.. elok juga buat macam nie.. tak payah dah orang duk tunggu.. Mesin air pun banyak.. best.. best..
ReplyDeleteKann. Tak perlu nak hire staff semata-mata nak collect duit.
Delete