Pusing-pusing Kuantan edisi Ramadan 2022: Kuantan Parade dan Express Mag.


17 April 2022, Ahad


Masa duk kat Pahang dulu, Kuantan Parade ni antara mall yang aku biasa singgah. Kadang beli barang, kadang singgah makan dan kadang masuk nak cuci mata je. Maklum lah. Student kan. Mana mampu nak shopping sakan.

Kuantan Parade


Lepas gerak dari Terminal Sentral Kuantan naik bas Rapid, aku jalan kaki dari Hentian Bandar ke Kuantan Parade. Tak jauh. Aku kira dalam 10 hingga 15 minit dah sampai. Nak naik Grab, rasa membazir pulak. Sebab pagi lagi. Kalau tengah hari, memang tak larat nak jalan kaki. Plus waktu ni belum banyak kereta walaupun hari Ahad.

Kat tepi jalan masa nak sampai kat Kuantan Parade, ada pasar karat. Banyak jualan. Baju, seluar, bag, tilam semua ada. Aku tak singgah pun. Just tengok-tengok dari jauh.


Aku sampai kat Kuantan Parade dalam 9.30 pagi. Pintu belum bukak lagi. Ada beberapa orang yang dah tunggu kat luar. Nak masuk pukul 10 pagi, makin ramai yang ada kat luar pintu. Aku pelik jugak. Mall ni ada buat sales besar-besaran atau event ke?

Rupanya bukan. Majoriti yang ramai tunggu kat luar tu nak beli emas. Serius? Emas murah ke sekarang? Ke nak beli sempena raya? Boleh show off kat sanak saudara nanti. Bling bling gitu. 🤭

Hanya tinggal kenangan


Sedih. Sangat sedih aku tengok keadaan Kuantan Parade. Tak sama macam dulu. Sekarang lot kedai banyak tutup. Banyak. Mungkin sebab penangan COVID-19 hari tu. Mungkin sebab orang kurang datang sini dan pergi mall lain.

Kuantan ni satu-satunya bandar yang ada 5 mall dalam satu tempat. Jarak satu-satu boleh jalan kaki je.
  • Kompleks Teruntum
  • Berjaya Megamall
  • Kuantan Parade
  • East Coast Mall
  • Kuantan City Mall

Hamik kau. Kat KL pun tak banyak macam ni. Untungnya pembeli ada banyak pilihan nak beli barang. Kalau nak beli barang branded, boleh singgah East Coast Mall (ECM). Kalau nak cari barang murah, boleh singgah Berjaya Megamall atau Kuantan Parade.

Kalau nak tengok wayang, boleh pergi ke ECM atau Kuantan City Mall (KCM). Pawagam GSC. Dulu kat Kompleks Teruntum ada pawagam. BIG Cinemas. Pastu tukar kepada MBO. Aku sempat merasa dua-dua. Sound system BIG Cinemas sangat best. Sekarang dah takde langsung pawagam kat situ.

Express Mag


Aku singgah Kuantan Parade pun sebab nak cari komik-komik lama. Ada satu kedai kat sini yang jual komik dan majalah lama. Yang baru ada tapi sikit je. Kebanyakannya lama.


Kedai ni ada kat tingkat paling atas. Kalau naik tangga, boleh nampak terus sebab kedai ni betul-betul terletak kat depan tangga.

Dulu katanya kedai ni ada dua cawangan. Satu kat ECM. Satu lagi kat Kuantan Parade. Aku pernah beberapa kali masuk kedai kat ECM. Pernah beli komik Mutiara Naga masa jalan-jalan dengan kawan.

Sekarang kedai kat ECM dah tutup. Owner kata tak mampu nak bayar sewa kat sana. Mahal katanya. Kat Kuantan Parade ni dia beli lot kedai terus. Jadi, tak perlu bayar sewa pun.




Komik sini banyak. Sangat banyak. Campur-campur. Ada BM, BI dan Bahasa Cina. Tapi macam aku info, kebanyakannya komik lama. Untuk mereka yang nak cari komik lama, sangat sesuai lah jenguk kedai ni.






Aku tak beli banyak pun. Sebab harga masih keras. Tak kurang sangat walaupun komik lama. Letih mencari tapi tak banyak buku yang aku nak, ada kat sana. Komik Gempakstarz paling banyak. Tapi Shoujo, bukan Shounen. Komik perempuan yang banyak. 😌

 P.S. Singgah kejap kat Kompleks Teruntum belakang Kuantan Parade. Lagi sedih. Terlalu banyak kedai tutup.

Post a Comment

6 Comments

  1. Zaman dah berubah banyak Mall dulu-dulu dah suram.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itu lah. Shopping mall lama tak diberi wajah baru. Jadinya ramai yang prefer mall baru.

      Delete
  2. Ini kalau saya bawa anak ke sini mahu berjam-jam nie.. hehehe.. Syok owh komik lama-lama..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kedai ni memang banyak komik lama. Payah nak cari kedai macam ni dalam Malaysia. Kalau datang Kuantan, boleh singgah kedai ni.

      Delete
  3. Mall² lama x dpt bersaing dgn yg baru..

    Kat KL ada 5 mall dekat², area Bkt Bintang, serumpun gitu - Sg Wang, Lot 10, Farenheit (dulu KL Plaza), Starhill & Pavilion + Times Square (jauh sikit tapi boleh je jln kaki, shortcut ikut sg wang)..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Lagi legend tu. Untung sebab kawasan tumpuan orang.

      Delete