Saluran TV2 rtmklik bermasalah? Cepat sungguh RTM buat kerja.


Aku jarang tengok TV fizikal. Selalunya aku akan luang masa guna laptop. Jadinya kalau nak tengok TV, aku akan bukak rtmklik. Lagipun, bulan puasa ni, banyak pulak cerita best yang RTM tayang: drama, filem dsb.

Tapi hampir seminggu dah channel TV2 bermasalah. Audio tak sync dengan video. Audio tu lagi cepat dari video. Aku pelik jugak sebab tak pernah terjadi sebelum ni. Ingatkan line Internet aku problem. Bila check, tak. Aku bukak kat laptop dan phone pun, masih sama. Cuma TV2 yang problem.


Sebelum


Selepas

Dengan rasa bertanggungjawab dan dengan gigihnya, aku pun contact RTM. Aku inform staff yang angkat phone tu, pasal masalah ni. Mungkin diorang pun tak perasan masalah ni. Ye lah. Masih ada ke yang layan TV online? Lagi-lagi RTM?

Aku boleh tabik spring dengan RTM. Aku kira tak sampai setengah jam lepas aku call, terus masalah tu selesai. Audio dan video dah sync dengan elok.


Rugi pulak rasanya tak inform awal. Semalam terpaksa tengok filem Andy Lau dengan suara dan video yang tak sync. Faham je jalan cerita sebab ada subtitle. Video pun HD. Tapi audio je terlalu cepat keluar. 😄

Post a Comment

6 Comments

  1. boleh potong mood kalau tengok cite suara dan video tak sync lagi satu subtitle. nasib baik diorang respon cepat so lepas ni kalau ada masalah boleh report awal2.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul. Macam miming pun ada. Memang tak sangka cepat betul diorang fix.

      Delete
  2. alhamdulillah , pantas juga diorang buat kerja

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mungkin selama seminggu tu takde orang call diorang. Sekali saya call, terus elok. Lega dapat tengok TV2 tanpa rasa pelik. 😅

      Delete
  3. Macam nak kena terjah juga je.. Nak tengok andy lau tu.. hehehe.. Terbaik RTM, cepat bertindak..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itu cara paling cepat. Nak emel, entah bila pulak nanti akan dibalas. Bagus diorang pantas bertindak.

      Delete