Ulasan komik Wira Kera #2: Kembara Ke Utara.


Komik sekuel Wira Kera #1. Masih panas. Baru je terbit secara rasmi bulan lepas. Komik kedua ni merupakan kesinambungan dari komik pertama. Pengembaraan Kara Andika bersama Omar ke utara dalam menunaikan amanah dari raja.


Aku order dari website Bookcafe. Dapat lah beberapa merchandise percuma. Kalau order kat platform lain, tak dapat free gift macam ni. Boleh kumpul buat koleksi. Siapa yang nak bagi kan barang free macam ni?

Tajuk: Wira Kera #2: Kembara Ke Utara
Karya: Hafiz Ismail
Harga: RM14.00 / RM16.00 (SS)
ISBN: 9789674817862
Muka surat: 128
Tarikh terbit: 14 Mac 2022
Penerbit: PTS Publishing House Sdn. Bhd.

Sinopsis


Pengembaraan kera jadian, Kara Andika bersama temannya, Omar menuju ke utara bagi menunaikan amanah yang diutuskan raja. Sepanjang perjalanan, diorang berdua terpaksa tempuhi pelbagai halangan termasuk lah berdepan dengan kes penculikan dan rompakan.

Ulasanspoiler alert


Komik kedua ni sama macam komik pertama. Ada pro dan kontra. Macam aku info pasal komik pertama sebelum ni, komik kedua ni masih lagi kekalkan gaya lukisan yang menarik, kemas dan cantik.


Dari segi plot, kali ni nampaknya lagi elok. Tak meleret-leret. Ada 3 point penting:
  • Kes penculikan
  • Kes rompakan
  • Jumpa teman baru

Bagi aku, setiap plot diolah dengan baik dan kombinasi ketiga-tiga plot ni sangat menjadi. Tak nampak buat-buat, awkward atau sekadar memenuhi kuota muka surat.

Kelemahan


Salah satu kekuatan komik Wira Kera adalah teknik atau gaya lukisan. Lukisan yang dilukis secara manual (lukis tangan) sangat cantik dan kemas. Yang buatkan aku tertarik untuk terus baca komik ni.


Tapi masuk muka surat 103, aku perasan ada kelainan. Kelainan yang buatkan mood aku untuk baca komik ni spoiled. Sebab? Bermula muka surat 103, lukisan tu dah berubah kepada janaan komputer. Pelukis mungkin guna teknik dan aplikasi dalam komputer untuk melukis.

Bukan tak lawa. Tapi aku lebih prefer lukisan sebelum ni. Lukisan yang dilukis dengan 100% manual. Bila guna komputer, walaupun makin kemas, tapi nampak tak best. Feeling suasana zaman dulu-dulu dalam cerita ni makin kurang.

Penambahbaikan



Aku harap pelukis komik Wira Kera ni kembali semula melukis secara manual. Lagi cantik lukisan manual berbanding janaan komputer. Mungkin ni hanya lah sekadar eksperimentasi beliau dalam mengembangkan teknik-teknik lukisan. Tapi lukisan manual tetap jadi pilihan hati aku.

Post a Comment

2 Comments